Tuesday 9 September 2014

Tupperware Brands : Challange Day-9

5 Wanita yang menarik Perhatian Enciktupperware.....


Assalamualaikum wbt dan selamat pagi....
siapakah wanita yang berjaya menarik perhatianku ini... Jom kita sama2 ambil iktibar dari entry kali ini...

#1. Khadijah binti Khuwailid

Beliaulah yang paling menarik perhatian saya sepanjang hidup saya, Ibu umat nabi Muhammad SAW. Saya nak cerita panjang masing sudah mengenali beliau. Wanita yang sangat hebat. di sini saya kongsikan beberapa maklumat menarik tentang diri beliau.

Khadijah binti Khuwailid (Bahasa Arab: خديجة بنت خويلد‎) (555 M – 619 M) adalah isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. Khadijah merupakan anak kepada Khuwaylid ibn Asad dan Fatimah binti Za'idah dan termasuk dalam suku Banu Hashim. Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.

Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. bernikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w. hanya berumur 25 tahun. Tetapi menurut Ibnu Kathir, seorang tokoh dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah, mereka berkahwin dalam usia yang sebaya. Nabi Muhammad s.a.w. bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun iaitu 15 tahun sebelum "bithah" dan 10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun.

Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya.

Mas kahwin daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 20 "bakrah" dan upacara perkahwinan diadakan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid kerana bapanya telah meninggal.

sumber: wikipedia

 #2. Ibuku dan ibu mertuaku

Tapi ibuku, siapalah diri aku di dunia ini. Kalu diikutkan pergorbanan tak terbalas langsung. dari aku kecil sampai dewasa. Apabila saya sudah dewasa, saya tengok bagaimana isteri saya sendiri menjadi ibu, memang pergorbanan ibu tidak pernah disangkal. 

Moga2 saya dapat menjaga saya dan menjadi anak yang soleh dan sentiasa dibawah doa ibu selalu. Terima kasih Puan Che Hayati bt Mat Arif.
Bagi ibu mertua pula, setahun lebih mengenali masih banyak yang aku pelajari, cukuplah layanan mesra terhadap menantumu ini. Terima kasih kerana menerima diriku sebagai menantumu.

#3. Isteriku

Alhmadulillah setahun lebih mengahwini Puan Farah Waheeda bt Zulifli saya merasa bahagia, suka dan duka dikongsi bersama. Saya bersyukur sangat2 dia melahirkan anak yang sihat dan comel Muhammad Ammar Zhafran. 

Pergorbanan dia mengandung dan melahirkan anakku sangat besar sungguh pengorbananmu. Aku sebagai suami hanya mampu berdoa moga2 kau jodohku dan ketua di bidadari di syurga nanti. Aminn..

#4.Adik-adik perempuanku

sebab apa saya highlightkan adik2 perempuan sebagai wanita yang menarik perhatian, sebab bagi saya menarik perhatian adalah kasih sayang seorang abg terhadap adik2 perempuan. Semua sedia maklum, jika ayah sudah meniggal, tanggungjawab dan amanah berpindah kepada abg. 

Aku menghargai adik2 perempuan saya sebelum saya kahwin dulu2 jika mak ayah saya tiada, memang meraka2 inilah yg masak nasi dan lauk. ada jugaklah saya sendiri yg masak tetapi bab memasak ini jika meraka yang bertanggungjawab ok jugak bagi memahirkan diri supaya tak kekok apabila di dapur nanti.

#  5.Wanita2 islam yang soleh

Jika disebut wanita-wanita islam yang soleh, aku maksudkan wanita islam yg menutup aurat sepenuhnya, bertudung dengan baik dan sempurna, menjaga adab sopan dan ada sifat malu. wanita2 ini yang menarik perhatian saya, Jika tengok wanita seksi ni kalu nak citer bab pun, buat tambah dosa aku je. dan meyemakkan mata sahaja.

Tetapi bagi2 lelaki di luar sana dan aku sendiri berdoalh selalu moga2 di gadis yang tidak menjaga aurat itu utk mendapat hidayah.


Notakaki: Minta maaf jika entry ini terover atau koya, bagi aku ini adalah pandangan peribadi aku terhadapa pandangan dan perhatian terhadap wanita.

Jumpa di entry hari ke-10.. see u....



1 comment:

  1. singgah sini.. tahniah kerana mengagumi wanita yang selayaknya.. :)

    ReplyDelete