Thursday 27 March 2014

Tupperware brands : Sajak - Jadilah Siapa Saja

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.

Saya dan bidang seni memang tak berapa matching partnerlah tetapi pada suatu hari yg lalu mendengar sajak ini diputarkan di dalam Radio IKIM.FM membuatkan saya menghayati bait-bait puisi ini dengan penuh penghayatan. Kata-kata dari sajak ini banyak berkisahkan tentang kehidupan manusia dalam apa jua bidang pekerjaan. Saya menjadi terkesan, Sebenarnya kawan-kawan semua , Radio IKIM.FM banyak sangat pengisian yang berguna untuk hawa telinga kita sebagai muslim. Jadi marilah sama-sama kita bertukar siaran dafri mendengar lagu2 atau stesen radio hiburan semata-mata kepada stesen radio yang berilmiah untuk dunia dan akhirat kita bersama. Jom UBAH.
 
JADILAH SIAPA SAJA

Jadilah pelaut kautahu lautan hidup bergelombang
Jadilah petani kaukenali keringat sawah ladang
Jadilah pengayuh beca kaurasai roda lelah seharian
Jadilah pemandu teksi begitu perit memperoleh sesuap nasi
Jadilah penukang pengukir belum pasti makmur memahat diri
Jadilah penoreh getah perhatikan derita susunya di musim hujan
Jadilah pemanjat kelapa keamanan melambai keadilan.
Jadi pemuzik jadi penggubah jadi penyanyi
Jadi penulis lirik akan tercantum lagu dunia seni
Jadi pengarah jadi pelakon jadi pelawak tahu harga diri
Jadi pelukis karyamu lama tidak terhakis siang malam
Jadi pereka bentuk segalanya melakar manis masam
Jadi penulis bergelar sasterawan tahu merakam adab
Jadi pencatat zaman semua seniman berfikir hebat

Jadi pelajar kau belajar, sebagai pengajar jangan kurang ajar
Jadi pendidik tugasan guru di tanganmu lahir pemimpin besar
Jadi pelatih jangan tahu maki herdik oleh letih lesu nafsu marah
Jadi pensyarah tahu kaedah sedar insaf akan ilmu yang parah
Jadi perancang di situ berfikir selok-belok gerak ekonomi rakyat
Jadi peguam fasih tutur lidahmu kelak kebenaran hukum terletak
Jadi komander kau kawal pesawat para penumpang terselamat

Jadilah siapa saja ikut keupayaan kebolehan diri
Jadi pemimpin tanggungjawab membangun pertiwi
Jadi engkaulah penjaga bangsa agar tidak terumbang ambing
Jadi engkaulah pengawas warga agar tahu mentafsir musim
Jadi perdana menteri tahu berperi sedia berani mati
Jadi permaisuri di sisi hikmah ceria raja selalu bestari
Jadi pemaaf seumpama pendakwah terlihat amal makruf
Jadi pendorong jauhi nahi mungkar jasa bakti diselangi takruf
Jadilah kita semua pekerja tahu hidup sebelum mati
Jadikan kematian itu sanya pedoman kembara diri
Jadi satu cangkir yang setiap kata akan menghirupnya
Jadi batas dunia dan barzakh di hisab dosa pahala!


- Ab Aziz Deraman

Tupperware Brands : 30 orang Pertama dalam islam

Asssalamualaikum wbt dan selamat pagi.. Hari ni nak share mengenai 30 orang pertama dalam islam. Balik nanti kang ada anak-anak anda yang pertama tentang perkara di bawah ini dah ada jawapan. Perkongsian untuk dihayati bersama

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Tupperware Brands : Purple set

Assalamualaikum wbt... dah lama saya tak menjergah ke ruang ini .. memang busy dengan tugas hakiki dan sekarang dan bertugas di Temerloh plak. Al-maklumlah bersama isteri tercinta syukur.. Saya namakan Set Purple kerana ini adalah semua Tupperware / item ini berwarna Purple dan Produk ini memasuki pasaran Malaysia buat pertama kalinya.. Nak tahu jom saya share di sini...


Set ini memang menarik untuk keperluan harian anda dan berita baik 2 item di atas boleh masuk microwave. Menjimatkan masa UNTUK KITA MEMASAK DI DAPUR

 
1. Turbo Chopper - RM135.00 (RETAIL)
2. Rice Cooker Microwave - RM99.00 (RETAIL)
3. Breakfast Maker - RM20.00 NETT

Berminat untuk order :
Boleh Sms / whatsapp saya : 014-5061998
atau layari FB saya : DISINI

Monday 10 March 2014

Tupperware bands : Promote Buku - Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)

Assalamualaikum wbt... 

kawan2 yg mencari Buku yang baik untuk pemahaman mengenai menjemput rezeki di sini saya ada menjual 30 buah set edisi terhad Mudahnya menjemput rezeki.
 Bagi mereka yang berminat boleh pm saya.or whatsapp 014-5061998. terima kasih
Senaskah - RM16
2 Naskah dan ke atas - RM14
Pos laju : rm6 / sbh sarawak-rm9


Leaflet 10 Mac- 31 Mac 2014

Assalamualaikum wbt semua...
selamat beristirehat...
sorry sangat2 dah lama x update blog ni
busy sangat2..
so tahu2 dah ada leaflet baru..
jom cuci mata apa yang menarik leaflet ke-2 tahun ini







  Jadi apa tunggu lagi jom serbu stokis T
upperware brands terdekat
atau boleh hubungi saya di talian
 014-5061998