Tuesday 30 September 2014

Tupperware Brands : challange Day-30

Perkara menarik yang Enciktupperware bangga pada tahun ini

Bismillahirahmanirahim.....
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua..
Alhamdulillah.. Last entry untuk #cabaran30hari 
#kelabbloggerbenashaari

PERKARA MENARIK YANG AKU BANGGAKAN PADA TAHUN 2014 ADALAH....

1.Aku bersyukur ke hadrat ALLAH SWT dikurniakan anak yang sihat dan semakin pandai untuk berjalan. Moga2 Muhammad Ammar Zhafran menjafi anak yang soleh

2. Aku berbangga dengan pencapaian dalam dunia Biz Tupperware, aku dapat melahirkan seorang director baru iaitu kak salimi dari Kuantan.. Syukur setelah kehilangan seorang dir dari Dungun ALLAH gantikan dengan yang baru. Kak salimi yang lebih aku panggil Kak Mimi beliau seorang yang gigih dan bersemangat waja. Moga2 biz beliau dalam Tupperware Brands sukses...

3. Aku sangat berbangga dan bersemangat dapat menyertai keluarga Affiliate Junction. Moga2 aku akan dapat mengubah kehidupan aku lebih baik. Moga2 juga aku dapat membantu ramai orang di luar sana dengan cara side income dari penggunaan Mykad 

4.Aku amat berbangga dengan profesion aku sebagai penolong pegawai kesihatan persekitaran atau lebih dikenali sebagai Inspektor kesihatan dapat pergi lebih jauh dan setanding dengan profesion2 lain di kem.kesihatan malaysia. Moga2 pada tahun ini juga aku dapat mencapai sasaran dalam unit yang aku pegang sekarang

5.Aku berbangga ibubapa yang sangat baik hati dalam menyokong apa sahaja perkara untuk kebaikan kehidupan aku untuk dunia dan akhirat. Terima untuk ibuku Che Hayati binti Mat Arif dan ayahku En.Ahmad Bin Ali @Abu Yazid. Ibu dan ayah adalah sumber kekuatan aku.

6.Pada tahun ini juga aku berbangga juga dengan pencapaian negara Malaysia. semakin berkembang maju. Moga2 rakyat juga dapat seiring dengan pencapaian yang dicapai. Moga2 juga remaja2 islam khususnya dapat menjadi umat yang terbaik di dunia dan akhirat.

Alhamdulillah.. 
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Terima kasih Ya ALLAH, kerana yang mengurniakan aku buah fikiran untuk aku menulis entry ini dan entry2 lain selama sebulan..

Moga2 selepas ini aku akan terus berblog untuk menjadi rutin aku...

selamat membaca kepada semua pengunjung blog enciktupperware.
Jangan lupa follow aku erk..
minta maaf jika ada blog yang ajak aku join liebster awad dan pelbagai perkara lagi aku x dapat nak lakukan dengan kekangan masa dan tanggungjawab lain,

In shaa ALLAH..Jika ada kelapangan aku akan follow dan join apa sahaja yang dibuat.

Aku salute pada meraka yang buat cabaran ini..terima kasih banyak2..

Berjumpa di entry lain dengan story-mory dari aku lagi..


 



2 comments: