Thursday 18 September 2014

Tupperware Brands : Challange Day -18

Siri TV Kegemaran Enciktupperware..


Assalamualaikum wbt dan selamat tengahari..
Hari ni nak kongsi siri TV kegemaran aku..

Seiring  dengan peredaran waktu dan usia siri TV kegemaran aku pun berubah mengikut pereedaran masa...

Jika Penghujung 90-an dulu siri-siri Korea dan telenovela banyak memasuki ruang TV di Malaysia, Aku pun terjebak jugak.. aduyaiii macamalah boleh terjebak ni disebabkan cerita meraka ada yang best so aku layan je lah labu..hahahaha..

Masuk Tahun 2000 banyak siri-siri TV yang menarik untuk aku tonton sekadar hiburan..
Antaranya yang lama aku follow adalah Smallville series dari season 1 sehingga season 10 tak silap.. lama jugak follow dari tayang kat TV3 sampai aku download sendiri kat internet..


Hah mesti korang yang ada yang terjebak macam aku kan follow series ni sampai habis.. sampai Clark kent boleh terbang dan jadi Superman.. Memang best sangat series ni untuk ditonton..

Series yang kedua yang aku suka tengok adalah teen Wolf, tahun 2011 tak silap series ini mula ditayangkan sehingga tahun ni dah masuk season ke-4 tak silap.. aku baru sempat follow sampai season 2 je. yang lain tertinggal keretapi. Tapi mood sekarang macam dah kurang nak tengok TV dengan kekangan masa Kerja dan mencari masa berkualiti dengan keluarga yang lebih utama.

 
Yang last sekali aku minat adalah series Kartun Upin dan Ipin.. Wah Enciktupperware minat kartun?? eh mesti bak kata Mail... Series yang masuk seasaon terbaru 2014 ni memang menarik perhatian sejak mula-mula ditayangkan. Kartun Animasi yang Thorbaekkk yang pernah aku tonton mengatasi boboiboy dan bola kampung. Kehidupan kanak-kanak sungguh menyeronokkan dengan elemen tradisional yang diserapkan dalam animasi ini menarik minat aku untuk menonton series ini. Banyak pengajaran dan iktibar dapat kita ambil dari series ini.
Jangan Lupa adik-adik untuk menonton series Upin dan Ipin setiap hari di TV9..wakakakaka
promosi tak berbayar dari Enciktupperware.. Selamat menonton.

Wajah upin dan ipin 2014



Kalu diikut banyak lagi, tetapi apa yang disenarai ini antara yang aku menarik.. tak lupa series yang mengikut pengedaran zaman iaitu Jejak Rasul.. Ini wajib Tonton masa Ramadhan..hehehe... Dunia dan akhirat mesti seimbang.. kita menonton ni ambil pengajaran yang positif sahaja, yang negatif jadikan tauladan.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Jumpa di entry lain pula..
 

2 comments:

  1. Selamat berkenalan..Jom singgah blog Acik

    http://acikwatie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Dulu zaman sekolah selalu jugak layan Smallville setiap malam Jumaat :D

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete