Wednesday 7 August 2013

Ramadan Ke-29 - Amal Jariah dan Recognation


Assalamualaikum WBT DAN Salam Lebaran 1 Syawal

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar walillahilham...
Syukur Alhamdulillah dengan inayahnya pada Tahun 2013 dapat sekali menyambut Syawal dengan Orang tercinta iaitu isteriku.. Terima Kasih Ya ALLAH di atas Rezeki yang Kau kurniakan kepada.

Pagi 29 Ramadan , Ramadan terakhir saya, edy dan Mukmin dapat menjalankan suatu Ibadah yang moga2 sumbangan yang kecil di bulan Ramadan ini diterima di sisi ALLAH. Bagi saya kunjungan ke Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang, yang terletak di Taman Guru, Kuantan adalah satu kunjungan amat bermakna bagi saya dan rakan2. Allah bagi peluang kepada saya utk memgumpul sebanyak mungkin pahala utk memuliakan anak2 yatim di Rumah ini.

 Kunjungan ke rumah ni bukan di atas perancangan dan agenda saya utk ke Kuantan berjumpa dengan Edy dan Mukmin. Sekadar unuk menyerah kerepek pisang kepada edy dan membuat sedikit recognation kepada Mukmin serta menyerahkan kad raya kepada mereka.

Alhamdulillah walau saya dengan perasaan berbaur perasaan bersalah kerana tidak menyediakan apa2 utk adik2 di sini, hanya berdoa moga2 adik ini menjadi anak2 yang solehah. Kunjungan ke rumah ni adalah seramai lebih 7-8 orang adik2 yg masih ada kerana yang lain2 sudah balik ke rumah sanak-saudara yang terdekat walaupun ketiadaan ibu dan ayah lagi. Ini adalah salah satu tanggungjawab kita utk menggembirakan hati adik2 ini. Syukur kunjungan kami bertiga dapat meredakan ksedihan adik2 yg akan menunggu hari lebaran yang akan tiba keesokan harinya, InsyaALLAH.









Melihat dari riak muka anak2 ni bercampur pelbagai reaksi yang pelbagai. Hanya Allah sahaja yang mengetahui bagaimana perasaan mereka ketika itu. Kunjungan kami yg x seberapa ini moga2 membawa keceriaan dalam diri mereka. Adik2 abg mendoakan semoga adik menjadi anak2 yang solehah dan menjadi mukmin yang sejati. Dapat dilihat dari air muka mereka adalah anak2 yang baik.

RECOGNATION YANG BERMAKNA

Di kesempatan kunjungan kami bertiga Ke rumah anak yatim pagi ini, saya dan eddy ada membuat sedikit recognation utk penghargaan dan menghargai downline, termasuk diri saya ini yang mendapat hamper dr Eddy. Terima kasih eddy pemberian hamper ini sedikit sebanyak dapat memberi sedikit suntikan semangat untuk membina empayar lebih terbaikk (cisss ayat tak boleh blah). Selepas ini harus membuat sales lebih tinggi dan mengrecruit lebih ramai untuk Join Team Power...huhuhuhu..

Dikesempatan ini saya memberi kad raya khas utk Mukmin, eddy dan abg sham.. dah lama x bagi kat orang ..syahdu jer.. dulu2 rajin bagi kad raya dan terima..huhuhu.. Tahun ni dapat jugak kad raya dari my Junior dr KSKB dan off course dr Tupperware Brands - Yes U can... Terima kasih sekali lagi.






Alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak bagi kepada min , dia seorang yang berjiwa besar.. InsyaALLAH dia boleh harungi DIQ bulan ogos-september. Chaiyokkk Min.. U can do it bro.




Kesempatan ini saya Menyusun 10 jari jika terdapat kekhilafan di dalam penulisan dan di mana2 artikel saya sebelum ini. Sambutlah Hari Lebaran ini dengan penuh kesederhanaan dan rasa bersyukur.

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI SAYA DAN ISTERI
DARI TEAM POWER
TUPPERWARE BRANDS MALAYSIA

No comments:

Post a Comment