Asalamualaikum wbt dan selamat kembali ke ruangan entry Enciktupperware
Entry hari antara aku paling suka. Nak share 1 resepi kegemaran..ehem. ehem
korang rasa apa yang aku suka??
Semua gambar kredit kepada Abg syamputra Razali |
Memang giler skit bab kuih karipap n i.. aku sanggup makan pelbagai jenis karipap dan menilai yang mana kulit dan inti yang sedap..
Meh sini aku share Resepi Kuih Karipap yang sedap untuk korang..
Jangan Lupa untuk mencuba taw..
Bahan-Bahan :
1. 500ml air masak |
2. Dua Biji Telur ---> Tips kalu nak kulit yang ranggup xyah letak telur |
3. 2 sudu makan Minyak masak
4. 1 sudu makan mentega
5. 1 sudu kecil garam
6. setengah kilo Tepung gandum
Cara-cara nak Buat : ilustrasi
Campurkan semua bahan supaya menjadi doh seperti di gambar. Air tu letak sikit2 ok
Hah uli dengan tangan sehingga jadi doh seperti ini
Buat adunan jadi doh yang kecil , senang nak canaikan nanti
Letak ler inti yer dan pintal or guna jer acuan nak mudah kan
INTI :
-Kentang (potong dadu)
-serbuk kari
-bawang besar .
-bawang putih
-garam
-gula
-minyak masak
- daun sup
-air.
Cara-cara -
2Kemudian masukan serbuk kari dan tumis lagi. Masukan kentang diikuti air dan tambahkan garam dan gula.
3.Kacau sebati hingga air kering dan kentang empuk dan masukkan daun sup .
4.Ketepikan dan biarkan sejuk
Dah siap.. sedia untuk dimakan..
Selamat mencuba semua...
Jumpa di entry ke-20...
sejak2 prgnant ni mmg suka btl makan karipap.. padahal dulu bkn peminat tegar karipap pon.., tgk pon da ase lapaaa.. ishhh
ReplyDelete