Thursday, 4 September 2014

Tupperware Brands : Apa Itu Cabaran 30 Hari ?

Assalamualaikum WBT dan selamat bertupperware.

Hehehehe.. saya pun akan cabar diri ini laksanakan challange ini.. Hari ini hari yang ke-4.

Gambar atas adalah senarai topik untuk #Cabaran30Hari

Segmen Cabaran 30 Hari ni adalah idea dari rakan blogger Sue Izza dan jugak rakan-rakan lain dari Kelab Blogger Ben Ashaari... asalnya segmen ni hanya cabaran sesama sendiri... nak tengok sape yang gigih dan rajin update entry setiap hari sebab ada antara rakan blogger yang makin hari makin lemau nak update entry... kadang-kadang seminggu sekali baru blog berupdate... alasannya sebab takda idea nak menaip... Dari situ wujudnya segmen Cabaran 30 Hari ni...
Rasanya ramai yang pelik kan tibe-tibe ramai pulak blogger yang update entri pasal Cabaran 30 Hari nii... aku pun terkejut gak sebab ramai yang tanya macam mana nak joint... hehehhee... boleh jer kalau nak joint... tiada syarat khas pun... ada orang ingat kena jadi member #KelabBloggerBenAshaari  dulu baru boleh joint... Ehhhh... takde la syarat macam tu... sape-sape pun boleh jer joint... terbuka untuk semua...
Apa yang perlu dibuat?
Okeh macam ni... korang refer gambar atas skali.. itu adalah senarai topik yang perlu ditulis dalam entry setiap hari... semue topik adalah berkaitan diri korang sendiri... disebabkan cabaran ni bermula pada 1 September... senang la korang nak refer... kalau hari ni tarikh 7 September maka korang kena buat topik yang dikedudukan no 7 dalam senarai di atas... Kalau hari ni 18hb September, so korang kena buat topik yang no 18 dalam senarai di atas... ok faham tak?
Dah terlambat ke nak joint Cabaran 30 Hari ni?
Hehehe... tak terlambat pun... boleh jer kalau baru hari ni korang nak joint... boleh start terus dengan topik yang sepatutnya kena buat hari ni... tapi kalau nak betul-betul sahut cabaran ni... apakata korang buat jugak entry untuk topik-topik yang korang dah tertinggal sebelum ni... tapi backdate la balik tarikh publish tu ikut tarikh yang sepatutnya... 
Then dah buat entry tu jangan lupe share entry korang kat Group Facebook Kelab Blogger Ben AshaariGroup Blogger Ben Ashaariklik) atau share dekat timeline facebook korang sendiri dan paling penting jangan lupe untuk letak hashtag #Cabaran30Hari dan #KelabBloggerBenAshaari supaya senang rakan-rakan lain nak blogwalking nanti... korang pun kalau nak baca entry rakan-rakan blogger yang lain juz klik kat hashtag tu jer... nanti keluar senarai semue entry yang berkaitan...
Oh yaaa... ade satu lagi pesanan... bile dah joint segmen Cabaran 30 Hari ni, harap sangat korang rajin-rajin la blogwalking ke entry rakan-rakan lain jugak setiap hari dan paling penting sila tinggalkan jejak korang kat blog tu... Kalau tak blogwalking macam mana nak berkenalan dengan blogger-blogger lain kannn... sebab motif segmen ni bukan jer nak rajinkan korang update entry tapi jugak untuk berkenalan sesama blogger... sebab tu topik semuenyer berkaitan diri masing-masing...
Selamat bersegmen!!!


Semua ayat2 dalam ni semua saya copypaste je.. Sesiapa yang rajin berblog ni jom kita menulis dan terus berblog.
selamat datang kepada sesiapa yang blogwalking ke saya ini.
Mudah-mudahan apa yg sampaikan ada sedikit sebanyak berguna. Nak Order Tupperware pun boleh. 


1 comment:

  1. Salam.. tahniah.. abg pun amek.ilham dari blog ben ashari.. bagus pendekatan dia.

    All the best to u..

    ReplyDelete