Tuesday, 30 September 2014

Tupperware Brands : Hot Item Preview Oktober 2014

HOT ITEM OCTOBER 2014

Assalamualaikum wbt dan selamat malam , entry sebelum ni aku share katalog bulan 10. entry ini aku nak kupas hot item bulan oktober yang mana produk2 ini dijangka terlajak laris di stokis.Cepat serbu ke stokis tupperware berdekatan anda ok.

sunrise set
Drinking flask 500ml


Bella Tumbler set 470ml

Lolly plates

Twinkle baby goes fishing gift set

Smart saver



Purple prism bowl

Eco bottle active set

Carribean jug dan mugs

Fridge water bottle 2 liter

Jangan lupa order taw... 014-5061998

Tupperware Brands : KATALOG OKTOBER 2014

Assalamualaikum wbt.. Mood Bulan oktober mengganas.. yeahhhh...
Jom cuci mata tengok apa yang menarik katalog oktober 2014


























yang berminat nak order
boleh sms/call/whatsapp/
telegram : 014-5061998

Tupperware Brands : challange Day-30

Perkara menarik yang Enciktupperware bangga pada tahun ini

Bismillahirahmanirahim.....
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua..
Alhamdulillah.. Last entry untuk #cabaran30hari 
#kelabbloggerbenashaari

PERKARA MENARIK YANG AKU BANGGAKAN PADA TAHUN 2014 ADALAH....

1.Aku bersyukur ke hadrat ALLAH SWT dikurniakan anak yang sihat dan semakin pandai untuk berjalan. Moga2 Muhammad Ammar Zhafran menjafi anak yang soleh

2. Aku berbangga dengan pencapaian dalam dunia Biz Tupperware, aku dapat melahirkan seorang director baru iaitu kak salimi dari Kuantan.. Syukur setelah kehilangan seorang dir dari Dungun ALLAH gantikan dengan yang baru. Kak salimi yang lebih aku panggil Kak Mimi beliau seorang yang gigih dan bersemangat waja. Moga2 biz beliau dalam Tupperware Brands sukses...

3. Aku sangat berbangga dan bersemangat dapat menyertai keluarga Affiliate Junction. Moga2 aku akan dapat mengubah kehidupan aku lebih baik. Moga2 juga aku dapat membantu ramai orang di luar sana dengan cara side income dari penggunaan Mykad 

4.Aku amat berbangga dengan profesion aku sebagai penolong pegawai kesihatan persekitaran atau lebih dikenali sebagai Inspektor kesihatan dapat pergi lebih jauh dan setanding dengan profesion2 lain di kem.kesihatan malaysia. Moga2 pada tahun ini juga aku dapat mencapai sasaran dalam unit yang aku pegang sekarang

5.Aku berbangga ibubapa yang sangat baik hati dalam menyokong apa sahaja perkara untuk kebaikan kehidupan aku untuk dunia dan akhirat. Terima untuk ibuku Che Hayati binti Mat Arif dan ayahku En.Ahmad Bin Ali @Abu Yazid. Ibu dan ayah adalah sumber kekuatan aku.

6.Pada tahun ini juga aku berbangga juga dengan pencapaian negara Malaysia. semakin berkembang maju. Moga2 rakyat juga dapat seiring dengan pencapaian yang dicapai. Moga2 juga remaja2 islam khususnya dapat menjadi umat yang terbaik di dunia dan akhirat.

Alhamdulillah.. 
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Terima kasih Ya ALLAH, kerana yang mengurniakan aku buah fikiran untuk aku menulis entry ini dan entry2 lain selama sebulan..

Moga2 selepas ini aku akan terus berblog untuk menjadi rutin aku...

selamat membaca kepada semua pengunjung blog enciktupperware.
Jangan lupa follow aku erk..
minta maaf jika ada blog yang ajak aku join liebster awad dan pelbagai perkara lagi aku x dapat nak lakukan dengan kekangan masa dan tanggungjawab lain,

In shaa ALLAH..Jika ada kelapangan aku akan follow dan join apa sahaja yang dibuat.

Aku salute pada meraka yang buat cabaran ini..terima kasih banyak2..

Berjumpa di entry lain dengan story-mory dari aku lagi..


 



Monday, 29 September 2014

Tupperware Brands : Challange Day-29

Bunga Kegemaran dan ertinya untuk Enciktupperware

Assalamualaikum wbt dan selamat Tengahari semua pengunjung semua..
Sihat??
Fuhhh Entry kali ni dah masuk hari ke-29 dah.. Esok last day.. yippie...hahahaha
Tak sangka aku akan harungi cabarn ini dengan jaya..


Selamat Hari lahir Buat adik bongsuku Nur Atikah Bt Ahmad, Moga2 diberi keselamatan dunia dan akhirat dan menjadi anak yang solehah..Aminnn

Story bab Bunga Kegemaran aku.. Yang paling aku suka adalah B.U.N.G.A. O.R.K.I.D





Semua sedia maklum bunga orkid kalu tak pandai jaga, alamatnya cepat ler mati pokok ini, tetapi bagi mereka yang rajin mengkaji dan jenis jiwa kental dan bersabar pasti peroleh satu kepuasan yang terbaik untuk memelihara orkid sehingga dapat mengelaurkan bunga yang cantik.

Kalu dilihat tentang bunga orkid ini dapat membayangkan tentang jiwa aku yang suka pada kelainan pada suatu benda, orang seperti aku mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam menjaga orkid bab kata lain jiwa kental ler yang menggmabrkan diri aku

Orkid juga tumbuhan eksotik, bukanlah aku seperti barang eksotik tetapi aku suka melakukan perkara yang baru dan sukakan cabaran dalam bab meniaga ni.

oklah semua rasanya itu sahaja untuk kali ini.. nak coleteh lebih-lebih memang busy memanjang sekarang ni..

Tak sabar nak habiskan entry terakhir esok..
Tunggu...
Jumpa lain yer semua..
bye3.


 

Sunday, 28 September 2014

Tupperware Brands : Challange Day-28

5 Perkara bermula dengan "andainya"

Assalamualaikum wbt dan Good Morning semua... 

1.ANDAINYA... aku diberi pilihan, aku nak kahwin awal.. Sebab apa... anda kan tahu jugak...

2.ANDAINYA.. aku kaya dan mempunyai kewangan yang kukuh, aku langsaikan hutang-hutang yang ada dan bantu semua family aku nak langsaikan hutang dan hantar seluruh ahli keluarga aku sekali pak dan mak mertua  aku menunaikan haji

3.ANDAINYA...Aku ada Stokis Tupperware sendiri, aku nak bantu ramai orang di luar sana untuk menjana pendapatn dari Tupperware

4.ANDAINYA..Aku jadi Jutawan Affiliate Juntion akan aku bantu semua rakyat malysia utk semua join AJ

5.ANDAINYA..Aku diberi waktu yang lebih aku abadikan diri hanya untuk ALLAH SWT, Seimbangkan diri untuk Dunia dan Akhirat dan mengharap keredhaa oleh ALLAH SWT.

TQ kerana sudi membaca..
jumpa di entry baru

Tupperware Brands : Challange Day-27

Mood Enciktupperware hari ini (27 September)

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua..
entry backdated..xpelah nak share jugak story

Apabila cerita bab mood pada hari ini memang aku happy sangat2.. By the way aku pergi ke melaka untuk menghadiri sambutan hari kesihatan persekitaran di Melaka Internatonal Trade Centre, Ayer Keroh , Melaka.
Bertolak selepas pukul 5.00pm dr opis aku..






 
 Bab makan xyah citerlah kak melaka ni memang sedap..hehehe..dapat plak orang belanja.. Tq En.Aziz sebab belanja makan utk 2 malam ni..






Happy sangat2 dapat jumpa kawan di pkd dungun dulu, geng dk13, senior kolej dulu dan terutama jumpa bekas pensyarah aku dulu, En.Lee Sun Ton even macam mana pengalaman aku study dulu2.. kalu x diajar aku x jadi seperti sekarang ini..

Apa-apa pun pergi ke Melaka ini memberi pengalaman yang terindah bagi aku.. Pengalaman ini takkan dilupa..
HAPPY...

terasa nak nyanyi Lagu HAPPY..
Itu shj dari aku utk kali ini..
jumpa lagi