Wednesday, 17 September 2014

Tupperware Brands : Challange Day-17

5 Perkara yang Enciktupperware rindukan....


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Berjumpa lagi kita yer kawan2 semua.. nak bagi berita yang best ini

Cara mudah nak pilih n baca blog. Promote blog lagi mudah..

http://bit.ly/edisiblog..

Klik je dan install di google play anda.. lebih mudah nak promote blog anda.
Daftar dan anda akan lihat blog anda dalam paparan aplikasi, semua orang akan dapat ikuti blog anda.. begitu mudah kan..

Gambar ehsan : Abg Ben Ashaari
Jadi jangan lupa untuk install ok.. :)

Berbalik pada tajuk entry hari ini.. 5 perkara ini amat aku rindu sepanjang hidup aku.. kalu ikut nak senarai banyak lagi dah challange bagi 5, jangan degil.. gigit kang.grrr....
  
Perkara 1 :
Saat indah menjadi kanak-kanak, kalu diikut hati taknak berada dalam keadaan sekarang ini, semasa aku budak-budak best je rasa.. lagi2 time raya, boleh pergi beraya di rumaha sesiapa sahaja tanpa segan silu pun, dah besar nak pergi rumah jiran pun tak nak.. Tapi perlu diakui fitrah manusia akan menjadi tua jika diizinkan ALLAH SWT. Redha..

Perkara 2 :
Saat aku belajar di Sek Menengah. Jika dapat diundurkan wakru semasa exam PMR dan SPM akan aku belajar bersungguh-sungguh tanpa culas, aku tahu aku kurang pandai, tetapi sikap aku yang kurang rajin ni aku mungkin akan menjadi lebih baik dari sekarang. Tetapi apa yang ada aku bersyukur padaNYA..

Perkara 3 :
Saat aku di bangku Kolej, kerna aku tahun masa kolej adalah masa yang sangat terindah sekali jika kita dapat menggunakan waktu itu utk bergembara dan mengutip pelabagai ilmu alam. Aku rasa banyak masa aku terbuang begitu sahaja tanpa aku memikirkan untuk masa hadapan. Aku jugak tidak habskan kesempatan yang untuk bergaul dengan kawan2 yang seusia dengan sebaik mungkin.

Perkara 4 :
Aku paling rindu berat badan bawah 80 Kg.. Mak aiii sekarang dah jadi bapak orang berat badan dah overdose.. Dengan aku yang "rajin" sangat beriadah menambahkan lagi beban kat bada ni.. baru anak sorang.. stress keje bukannyer aleasan untuk aku beriadah dan bersenam. 
  
Perkara 5 :
Aku amat merindui suasana kerja di Dungun, seriously tenang, aman, tepi pantai dan banyak tempat2 yang best. Di Dungun lah aku kenali masyarakat di Terengganu amnya. Pelbagai loghat aku pelajari dan makanan yang sedap2.. Aku teringin nak makan nasi lemak ikan aye, nasi dagang Pok Pim, Lempeng Nyiur tepi pantai Teluk Lipat dan pelabagai lagi..Lepak2 dengan kawan2 PKD Dungun membuat aku lagi sedih teringatkan kenangan lalu. DIsebabkan atas tanggungjawab terhadap keluarga aku berkorban untuk bertugas di Temerloh.

Ada pepatah mengatakan Barang yang lama usah dikenang, akibatnya merana diri (eh betul ke pepatah ni?) hentam sajalah labu..

Semua memori yang dirindui ini menjadi kenangan yang terindah dalam hidup aku...

terima kasih kerana sudi membaca..
enciktupperware berhenti di sini dahulu
jumpa lagi di entry berikutnya..
adios amigos..^__^

2 comments:

  1. hentam ajelah labu... janji hepi.. hehhe

    ReplyDelete
  2. Okay rindu jugak. hehe
    Yaya datang singgah! Selamat berkenalan :)

    yayaflanella.blogspot.com

    ReplyDelete