Saturday, 21 September 2013
TUPPERWARE BRANDS : Carilah Seorang Pemimpin (Motivasi Perkahwinan)
“Abang..hari tu ingat period dah habis.Ayang dah mandi, dah solat. Tapi harini keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
"Dah tapi macam tak paham sangatlah bang. Erm, akak erma ada cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari ja kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut.
Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua (Pemimpin keluarga).
Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai ketua rumah.
Apa maksud PERKAHWINAN?
perkahwinan bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua. Ia perjanjian sampai mati. Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sung guh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alammaya ) tetapi bab bersuci pun entah kemana.
Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki. Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah
bertahun-tahun takkan awak tak
pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Sebenarnya suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata
seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain
itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
Seorang Suami Bertanggungjawab
Tak kacak tak apa, sebab lelaki
memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan
bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh, dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh. Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang pemimpin untuk isteri tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang pemimpin yang baik?
Bila tanya ustaz, dia kata.. carilah yg suka ke majlis ilmu
Bila tanya ustazah, dia jawab.. Carilah yg setia menjadi makmum imam di masjid.
Bila tanya ibubapa, mereka jawab.. Carilah pemimpinmu yang dekat kepada Allah SWT....
Fitrah hawa adalah dibimbing, dan fitrah adam adalah membimbing.
Inspired apabila melihat sepasang pengantin. Suaminya istimewa, tetapi isteri sudi menerima kekurangan suami seadanya. Seperti isteri Nick Vujicic yang sudi menerima beliau walau tanpa tangan dan paha.
- Inspiring person
- Kaya
- Well known people around the world
Yet, mereka sudah mempunyai seorang anak.
Adakalanya malu apabila memikirkan orang istimewa lebih berjaya, kaya daripada saya yang cukup anggota badan. The most inspiring, beliau menginspirasikan jutaan orang.
It will be good when we, the muslim could inspire the world untuk menuju Tuhan, and be a pure muslim. Not just muslim in IC.
Andai jodoh itu hanya kepada insan sempurna, pasti semua insan sempurna sudah peroleh jodohnya.
Andai jodoh itu hanya kepada si rupawan, pasti semua lelaki yang hensem dan hawa yang cantik sudah peroleh jodohnya.
Andai jodoh itu hanya kepada si hartawan, pasti semua orang yang kaya sudah peroleh jodohnya.
Andai jodoh itu hanya kepada orang muda, pasti semua orang muda sudah peroleh jodohnya.
Namun, hakikatnya jodoh adalah rahsia Allah yang dimiliki oleh sesiapa yang dikehendaki-Nya
Friday, 20 September 2013
TUPPERWARE BRANDS : ANUGERAH ALLAH PADA WANITA TAPI TIADA PADA LELAKI
Assalamualaikum WBT.
Untuk perkongsian bersama :
1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Siratul Mustaqim.
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
PRODUCT KNOWLEDGE
Nutrimetics : Ginger Body Wash
Assalamualaikum WBT dan selamat malam..
lain skit entry malam ni, dah lama x update imu pengetahuan ttg product selain tupperware iaitu dr Nutrimetics. Tengok gambar di atas tu buat saya tersenyum, mujur kenal semua jenis bahan2 masakan tu....hehehehe..
Jadi malam ni saya nak cerita tentang product Ginger Body Wash, ok sebelum kita kena product jom kita kenal dulu HALIA.
Apa itu
halia?
Halia berasal dari Asia Tenggara dan kini ditanam secara meluas di Jamaica dan beberapa kawasan tropika. Akar halia terkenal sebagai herba yang digunakan untuk masakan dan juga perubatan. Halia telah digunakan oleh pakar herba China lebih 2,500 tahun lalu.
Khasiat halia
Sejak zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.
Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat artritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.
Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman.
Bagaimana menggunakan halia?
>> Dihiris atau ditumbuk untuk digunakan dalam masakan.
>> Campuran akar halia dan ekstrak limau nipis membantu melegakan penghadaman. Ia juga boleh dijadikan minyak dan disapu di bahagian yang sakit.
>> Halia segar yang dibuang kulit boleh dimakan setiap empat jam tetapi tidak lebih tiga kali sehari untuk melegakan masalah perut. Teh halia boleh diminum beberapa beberapa kali sehari.
Cuba minum segelas teh halia untuk meredakan masalah selesema. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tenaga dalam halia dapat memanaskan paru-paru dan perut. Untuk membuat teh hali cuba resipi mudah ini.
>> 4 gelas air
>> 2 inci halia segar
>> Hirisan lemon dan madu (sebagai penambah perisa)
Kupas dan hiris akar halia. Isikan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih. Tambah sehiris halia ke dalam air yang mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 15-20 minit. Tapis, tambah lemon dan madu sebagai penambah perisa
Maklumat tambahan mengenai halia
Selain pelbagai khasiat yang terkandung dalam halia, berita baik kepada semua, halia tidak mempunyai sebarang kesan negatif dan selamat diambil dalam bentuk apa sekali pun.
Kapsul halia perlu diambil bersama segelas air. Halia boleh diambil sehari selepas seseorang menjalani pembedahan untuk mengurangkan rasa loya. Bagi mereka yang menjalani rawatan radioterapi atau kemoterapi, pengambilan halia mampu mengurangkan kerengsaan perut.
Lain-lain khasiat halia
>> Mengubati selesema dan asma
Pengamal perubatan tradisional mencadangkan pesakit selesema dan asma mengunyah halia segar atau minum teh halia ataupun perahan jus akar halia bersama satu camca madu.
>> Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol
Sakit-sakit pada otot dan sendi juga dapat diatasi dengan penggunaan halia. Untuk otot yang sakit, minyak halia dicampurkan dengan minyak neutral lain dan digosok ke bahagian tersebut.
>> Mengubat batuk
Dengan menghisap hirisan halia dapat melegakan batuk dan gatal-gatal tekak. Amalan ini lebih mujarab jika air halia dicampur dengan sedikit madu.
>> Menghilangkan bau mulut
Halia memang berkesan menghilangkan bau mulut yang menimbulkan ketidakselesaan. Hiris halia dan rebus hingga mendidih. Biarkan sejuk seketika dan minum. Atau tumbuk halia hingga lumat dan kemudian tapis. Campur dengan air yang sudah dimasak. Amalkan minum air halia tersebut waktu pagi dan petang.
Dipetik dari:http://www.utusan.com.my

Mr.Google - Nutrimetics Ginger Body Wash |
Nama produk : Ginger Body Wash
Isipadu : 500ml
Harga Retai : RM28.00
Harga ahli (less 25%) : RM21.00
Kelebihan : Memberi kelegaan badan akibat kelesuan dari kerja atau selepas bangun tidur, Memberi sedikit rasa haba, berbau wangi halia yang menakjubkan (ada juga yg x suka bau dia...my wife bcoz dia pregnant kot), Lebih cucian badan dan wangi serta memberi kesegaran pada badan
TESTIMONI:
Alhamdulillah saya sendiri telah menggunakan bagi botol yg ke-3. Memang Ginger Body wash ini memberi kesegaran pada badan selepas bangun dari tidur, pada mula2 saya guna mmg terdapat sedikit rasa haba tetapi taklah terlalu panas, ia sangat selesa,sesiapa yg ada masalah sakit urat sebab salah tidur ke apa mmg baguslah produk ini. sehingga kini saya berpuas hati dengan produk ini. Jangan lupa untuk mencuba produk mandian yag baik ini. bagi saya ia sudah menjimatkan.
Jadi apa tunggu lagi, bagi mereka yang nak mencuba boleh hubungi saya 014-5061998 ATAU kunjungi FB saya DI SINI.
Jumpa di entry yg lain ok..ADIOS
Tuesday, 17 September 2013
TUPPERWARE BRANDS : LELAKI DAN TUPPERWARE
Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Tupperware
Dah lama ambe (Loghat ganu - saya) menyepikan diri dalam dunia maya Tupperware, busy dengan pelbagai aktiviti dan program membuatkan ketidakkesempatan dalam menulis blog..
Coretan malam ni berkisar tentang diri ini dalam dunia Bisnes Tupperware.
Ambe mula2 kenali jenama Tupperware mmg sudah lama, dari kecil mmg nampak mak sendiri antaranya small goody box warna coklat dan handy bowl warna kelabu, itu yg ambe ingat sangat. Tetapi dari mulut mak ambe banyak lagi yang dibeli dengan berkongsi dengan kakak angkatnya (Mak cik Mah) <--- promote nampak.. hehehehe...tetapi semua Tupperware itu entah ke mana menghilang.
Mula2 bekerja di Dungun pada Julai 2011, mmg pada masa tu mmg ada nampak katalog Tupperware dr member opis yang menjual tetapi ambe sendiri x tahu siapa yg menjual di opisku.. Mula2 tengok katalog biasalah orang lelaki tengok dengan hati yang KOSONG...tiada nak membeli atau menjualnya kepada orang lain.
Awal tahun 2012, member kolej aku eddyputra (https://www.facebook.com/tupperwareAIDILPUTRA) mengajak aku join berulang kali, dan akhirnya aku terbuka hati utk sertai MLM Tupperware Brands ni pada Mac 2013. Dan barang pertama yang aku beli adalah eco bottle.
Gambar mr.google. |
Inilah Set water Day 2012 yang ambe beli, eco bottle 1 liter 2 biji dan berus je yg ambe ambik yg lain semua ambe bagi kat adik2 kat kampong.. Sebab x minat kecik2 ni (mula2 nak menggunakan eco bottle). Memang time tu beli kat stokis mmg blur dan x tahu apa2..hahahahaha.. bila imbas balik mmg kelakorlah time tu, mujurlah stokis Dungun ni dekat je dr opis ambe.
Dari bulan ke bulan semakin ada Tupperware yg dibeli tetapi tidak sehebat penghujung tahun 2012 dan sehingga kini... Dari kegunaan sendiri hingga terjebak ke alam bisnes yang Tupperware yang mencabar dan yang penting menyeronokkan. Dulu ambe tengok Bisnes Tupperware hanya dipelopori oleh kaum Hawa sahaja, kini sudah ramai kaum Adam yang menceburi bidang ini termasuk My ED dalam Team Power abg Syamputra Razali dan My 3 Star Director iaitu Eddy. dan Team organisasi aku juga mempunyai ramai lelaki2 yang hebat dalm bisnes suatu ketika dahulu dipelopori oleh kaum hawa. Go Man..hahahaha
Stokis Tupperware Dungun |
Gambar2 ini adalah sebahagian hadiah, kolesi peribadi dan Tupperware jualan saya. Apabila merenung kembali semacam tak percaya saya yang yang dulu bukanlah yang sekarang...hahahahaha.. ayat lirik lagu.. Inilah hasilnya dari beli untuk guna terus menjadi bisnes, itu saya x cerite tentang cek lagi. ENTRY yg akan datang saya akan citer plak ye. Ingat lagi kata2 Abg Syam jika kita menceburi sesuatu perniagaan KITA PERLU SAYANG DAN CINTA, barulah kita bersemangat untuk berniaga.
Jadi anda di Luar sana, jadikan impian anda menjadi kenyataan, Kita bermula dari bawah dan kita terus bergerak ke hadapan. Jangan berganjak terus pandang hadapan, tetapkan azam dan impian anda pasti berjaya.
Nak Join Tupperware?? Bolehhhhh
APA TUNGGU LAGI, KEPUTUSAN YANG DILAKUKAN HARI INI AKAN MEMPENGARUHI MASA DEPAN KITA.
Saturday, 7 September 2013
TUPPERWARE BRANDS : Peringatan sesiapa suka buang nasi ke tong sampah
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Entry petang ni nak bagi rakan2 pengunjung blog merenung seketika kadang kala kita tidak sedar tindakan kita ini tanda2 kita tidak mensyukuri nikmat yang ALLAH SWT kurniakan kepada kita. Artikel ni saya ambil dr : http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/21841-peringatan-sesiapa-suka-buang-nasi-ke-tong-sampah
Jadi mari sama2 kita ambil iktibar dan pengajaran, Fikiran dan minda biar open sedikit walau artikel yang saya ambil dari akhbar sebuah pegangan politik PAS. syukran
Kenaikkan
harga tidak kira harga minyak mahupun harga bagi barang-barang
keperluan yang lain juga adalah suatu musibah yang sangat dahsyat dikala
keegoan manusia menerpa.
Apabila
Allah datangkan suatu musibah, maka orang yang baik, soleh, dan
solehah pun akan terkena tempiasnya. Semua orang akan merasa musibah
tersebut kecuali mereka yang Allah lindungi kerana ada amalan yang
Allah suka.
Mungkin
kita tidak sedar bahawa kita telah banyak melakukan pembaziran dalam
perbuatan kita seharian seperti air, makanan, elektrik dan lain-lain
perbuatan lagi.
Yang paling dahsyat ialah apabila kita membuang rezeki ke dalam tong sampah. Lebih-lebih lagi butiran nasi. Nasi atau rezeki adalah perkara yang mulia. Perkara mulia yang tidak boleh diletakkan pada tempat yang hina seperti di dalam tong sampah.

Apabila kita menghina butiran nasi dan rezeki yang kita perolehi, maka setiap butiran itu akan berdoa kepada Allah. Oleh itu, Àllah akan membuat keputusan-Nya untuk menghina pada kita balik.
Perhatian Kepada Kita Semua.
Sila
habiskan butiran nasi dan makanan, sekiranya tidak habis dimakan, maka
jangan sesekali buang ke dalam tong sampah. Sebaik-baiknya, berilah
kepada binatang-binatang lain seperti kucing, ayam, itik, burung dan
ikan. Kalau tidak jumpa binatang-binatang tersebut, maka boleh juga
diletakkan berhampiran pada pokok-pokok di sekeliling tempat tinggal
anda untuk dijadikan makanan semut, cacing dan pokok-pokok yang ada di
situ (baja organik).
Sambil-sambil
itu ucapkanlah istighfar dan bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki
lebihan yang anda perolehi pada hari ini serta berdoalah supaya
orang-orang yang tidak senasib dengan anda seperti di Syria dan di
mana-mana negara yang penduduknya tidak cukup makan dalam sehari ibarat
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang akan memperolehi rezeki
yang cukup untuk keperluan harian mereka. Amin.
Saya bercakap utk diri saya dan anda-anda sekalian dan bermuhasabahlah diri kita semoga Allah memberi taufiq dan hidayah serta maghfirah kepada kita agar kita tidak tergolong di dalam orang-orang yang kufur pada nikmat Allah.
Wallahua'lam.

nukeufo89 (Hasil nukilan penulis)
Harap pengisian ini dapat membuka mata kita, jangan amlkan pembaziran even nasi sekalipun, sentiasa kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan olehNYA. Moga2 rakan2 pengunjung dan saya sendiri dapat menjadi hamba yang bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan olehNYA.
LEAFLET TUPPERWARE BRANDS EDISI SEPTEMBER 2013
Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Tupperware
Pagi ni nak share dengan pengunjung blog saya leaflet terbaru yang akan bermula pada 9 September ini, apa lagi jom serbu stokis berdekatan anda.
Jadi bagi sesiapa yang berminat nak mengORDER dengan DganuTupperwarebrands boleh hubungi saya abd salam : 014-5061998
kita berjumpa di entry yang lain pulak, chow
Friday, 6 September 2013
Party Merdeka Tupperware Brands
Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Tupperware
Dah lama x masukkan entry terbaru dalam blog ini, mesti pembaca semua tertunggu2 apa lagi aktiviti yang Team AbduL Salam TP jalankan yer.. Opss sebelum tu nak ucapkan tahniah kepada my DIQ saudara Mukmin kerana telah memenangi pertandingan blog yang dianjurkan oleh abg Sham ED kitaorang taw.
Oklah dapat saguhati pun kan, janji dapat hadiah huhuhu..untung taw join Team Power ni...
Ok berbalik kepada tajuk entry kat atas tu, baru2 ini Mukmin ada anjurkan Party pada 31 Ogos 2013 bertempat di Pusat Dagangan Mahkota, Indera Mahkota, Kuantan. Tahniah mukmin. anda mmg seorang yg HEBAT.. lebih kurang 20 orang yang dapat hadir memeriahkan aktiviti pada sebelah petang ini.Jom kita usha2 gambar2 yang dapat saya snap pada petang itu..
Memang meriah party yang dianjurkan oleh Mukmin ni.. sape yang pergi pasti akan dapat tips dan strategi yang mantoooppp dari Abg Sham kite ni.. Jom sapa2 yang berminat nak join Tupperware Brands boleh HUBUNGI saya di talian : 014-5061998
Jumpa di entry berikutnya.. chow..

Subscribe to:
Posts (Atom)