Thursday, 11 September 2014

Tupperware Brands : Challange Day-11

Kenangan lucu zaman kanak-kanak......

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
sebelum aku bercerita denga lebih mendalam mengenai kenangan lucu zaman kanak, ambe nak umumkan sesuatu....

Ambo open kutu RM50 untuk 6 orang / bayaran ansurans bagi set Tresure Box Tupperware Brands Malaysia.

Syaratnya;
Umur 18 tahun ke atas
dan barang akan dapat selepas kutu/bayaran ansurans selesai. Tujuannya bagi mengelakkan ada yang tak bayar.


Kenangan zaman kanak-kanak aku sungguh istimewa sekali, apabila dikenang dan bercerita dengan kawan2 yang terlibat sama dalam peristiwa ini pasti akan ketawa ...hahahahaha....
Peristiwa ini berlaku hampir 20 tahun yang lalu, semasa hari raya aidilfitri kanak-kanak seperti aku amat suka mengumpul duit raya dan akan berjalan kalu boleh keliling kampung untuk mengutip sebanyak mana duit raya.
Aku dan beberapa rakan-rakan dari jiran rumah akan bergerak beramai-ramai dari satu rumah ke satu rumah, apabila sampai di satu rumah, rasanya pada masa tu biskut yang paling popular adalah biskut almond london.. apabila sampai di rumah yang ada biskut tu kami akan serbu satu balang biskut itu sampai habis dan akan minta tuan rumah mengtopup balik biskut tersebut..hahahaha... budak2 kan mana tahu apa, janji makan sedap.
Disebabkan keghairahan kami untuk beraya, kami sampai di satu rumah, kami semua memberi salam... Assalamualaikum... kami datang nak raya.. kuat-kuat kami beri salam pada tuan rumah... TIBA-TIBA.....
.....Keluar anak tuan rumah tersebut.....
apabila melihat anak tuan rumah tersebut , kami semua berlari dari rumah tersebut dan tergelak ramai2 disebabkan.... Pemilik Rumah itu adalah berbangsa HINDU...hahahahaha... semangat giler.. sampai rumah kaum INDIA pun kami terjah..
Itulah pengalaman lucu zaman kanak-kanak pada hari raya yang dapat aku kongsikan..
hehehehehe..
Jumpa di entry seterusnya yer.. bye3 semua..


1 comment:

  1. Singgah sini. Anda telah ditag untuk liebster award.

    http://mama3farhanah.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html?m=1

    ReplyDelete