Saturday 4 January 2014

Tupperware Brands : Recycle CODE

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua..
anda tahu apa ini ??
copy gambar dari : google
Apa yang anda perlu tahu ??
Jom kita study skit benda alah ini..

Type 1 - Polyethylene Terephthalate (PET)
Kegunaan :
Botol minuman ringan dan mineral. Jenis yang paling banyak dkitar semula. Kebanyakan pusat kitar semula memerlukan anda mengasingkan penutupnya dan meleperkan botol tersebut. 

Type 2 - High Density Polyethylene (HDPE)
Kegunaan :
Botol detergen dan minyak masak, beg runcit serta mainan plastik 
 
Type 3 - Vinyl/Polyvinyl Chloride
Kegunaan :
Paip plastik, perabut luaran. Pusat kitar semula jarang mengambil bahan ini untuk dikitar semula.
 
Type 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)
Kegunaan :
Beg plastik, pelapik tin, bekas pengisi makanan. Jarang di gunakan 
 
Type 5 - Polypropylene (PP)
Kegunaan :
Penutup plastik, penyedut air minuman, pembalut makanan, permaidani. Jarang dikitar semula. Biasa nya di tanam di tapak pelupusan. 
 
Type 6 - Polystyrene (PS)
Kegunaan :
Palet pembungkus, cawan polystyrene. Kebanyakan stor perkapalan/pembungkusan akan menerima bahan ini untuk digunakan semula.
 
Type 7 - Lain-lain
Kegunaan :
Sesetengah jenis pengisi makanan dan tupperware.
Terdapat berbagai cara untuk kita mengurangkan kadar pengeluaran bahan-bahan plastik yang tidak diperlukan.
Di sini disertakan beberapa contoh:
Elak/Kurangkan
Apabila anda membeli barang keperluan, bawalah beg anda sendiri. Jika perlu, pilihlah beg kertas bagi menggantikan beg plastik.
Guna Semula
Jangan buang beg plastik yang terdapat di rumah anda. Simpan beg ini kerana ia boleh di guna semula.
Kitar Semula
Jangan buang bahan-bahan plastik kerana ada sesetengah bahan plastik yang boleh dikitar semula. Bahan-bahan permainan daripada plastik yang tidak boleh digunakan lagi boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan. Ini adalah sebahagian dari cetusan idea bagaimana kita boleh menguruskan bahan-bahan plastik. 
 
Jika anda mempunyai cadangan/idea berkaitan isu ini, kami mengalukan-alukannya dari anda. **di petik dari http://www.kpkt.gov.my/kitarsemula/Malay/WhatPlastic_m.asp
 
ADA LAGI YG PALING BEST. APE ERK???
Jaminan SEPANJANG HAYAT... Hanya Tupperware sahaja yg memberi JAMINAN SEPANJANG HAYAT di mana anda boleh menukar semula tupperware anda sepanjang hayat sekiranya rosak (mengikut piawai tupperware). 
 
Oleh itu anda boleh menjadikan ianya salah satu product turun temurun.Oleh itu gunakanlah product tupperware kerana ianya selamat dan boleh di kitar guna pakai bertahun2 lamanya. Tidakkah ianya menjimatkan? Adalah berbaloi anda mengeluarkan cost yg tinggi sekarang untuk penggunaan jangka masa yang panjang dan kesihatan keluarga dan diri sendiri terjaga.
Fikir2 kanlah sendiri YE... 
 
Jadilah PENGGUNA YANG BIJAK...

No comments:

Post a Comment