Friday, 13 December 2013

Tupperware Brands : Parenting Tips

Assalamualaikum WBT, petang ni saya nak sharing Tips keibubapaan bagi mereka yang baru menjadi ibu dan bapa atau bakal menjadi ibu dan bapa. Semua tips ini saya ambil dari Prof Dr.Muhaya dr sharing my downline kak baiyah. Terima kasih kak share tips yang berguna untuk semua ibubapa di luar sana termasuk saya sendiri.

Sebelum itu Jom layan dulu video di bawah ini.

video






# TIPS 1 :
Kalau tiba2 teringatkan anak, kirimkan bacaan al-Fatihah. Sampai ayat "Iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada MU kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan", mintalah apa2 hajat masa itu yang ada hubungkait dengan anak yang  kita ingat itu, habiskan bacaan al-Fatihah doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada ALLAH untuk menjaganya.

#TIP 2 :
 Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yg soleh sayang. Cubalah amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) Dan ucapan ini adalah DOA dan ALLAH maha mendengar lagi maha melihat

#TIPS 3 :
Masa bangun solat malam, solatlah hajat disinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita selalu doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak yang soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

#TIPS 4 :
Minta dikasihani.  Ucapkan setiap masa bahawa kita ini sedang menunggu panggilan ALLAH. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di alam barzakh nanti.

#TIPS 5 :
Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia asa kecil. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

#TIPS 6:
Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya melukan hati kita. Muhasabah diri mungkin kesilapan yg anak lakukan itu kerana dosa2 kita di masa lampau.

#TIPS 7 :
Yang paling penting jaga tutur kata, jangan sesekali ucapkan perkataan yang boleh melukakn hatinya, Jikaini berlaku juga kerana kita TER... kata, cepat2 cari masa sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama sekali pun.

#TIPS 8:
Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yg tetap mendirikan solat.{Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah permohonanku}

#TIPS 9 :
Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal al-Quran sekalipun jika tidak mepunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tetapi ALLAH pandang hati yang baik. ALLAH tak suka, manusia pun tak suka.

#TIPS 10 :
Masa basuh beras niatkan "Ya ALLAH lembutkanlah hati  anak2ku sebut nama dia... untuk faham agamanya", [kenapa kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka ] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Basuh beras lawan jan (macam orang tawaf) sambil selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Masa buat kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada ALLAH selalu.

Selamat mengamalkan tips ini.. Jangan Lupa share ya..

No comments:

Post a Comment