Thursday 21 November 2013

Tupperware Brands : Jika Tiada Rezeki ^___^

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Tupperware
Tengahari nak sharing bait2 kata yang mana bagi saya apabila
membacanya ada rasa lega dan tersenyum kerana segala rencana dan
aturan ALLAH swt kepada makhluknya ada sebab dan hikmah.
Saya ambil rakan Biz Tupperware saya di Kuching Sarawak,
yang mana orang serawak mok beli Tupperware boleh hubungi 
Junaidah Alek DI SINI 


JIKA TIADA REZEKI

Jika tiada rezeki anak,
 mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
 Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
 yang liar.
 ----------------------
 Jika tiada rezeki wang ringgit,
 mungkin diberikan rezeki kesihatan.
 Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
 harta dunia.
 --------------------------
 Jika tiada rezeki kereta mewah,
 mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
 menimbulkan masalah.
 Maka kita lebih bahagia dari membayar
 kerosakan yang mahal.
 -----------------------
 Jika tiada rezeki rumah yang besar,
 mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
 pernah putus.
 Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
 -----------------
 Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
 mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
 dan pandai menguruskan rumahtangga.
 Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
 dan terjaga segala.
 -------------------
 Jika tiada rezeki jodoh,
 mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
 panjang.
 Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
 sepenuhnya pada orang tua.
 ---------------------
 Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
 yang lebih baik pada esok hari.
 Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
 dijangka.
 ------------
 Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
 Bertawakal.
 Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil


So?? Macam mana?? rasa ok skit tak bila baca kata2 ini,
saya x pasti adakah rakan saya Jun mencoretkan sendiri atau diambil
dari kata2 orang lain, tetapi ia tetap bermanfaat dan ubat hati.

No comments:

Post a Comment