Monday 10 June 2013

Jom Klaka Serawak






Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Tupperware.. wah macam takdak keje petang ni siap update blog.. Jahat betul.. Ok entry petang ni nak sharing mengenai Bahasa Sarawak atau klaka serawak. Maaf pok jika kamek ada salah dalam penyampaian ini. Kamus ni saya dapat dari My best Friends Azmie Madaing, mula kenal masa kerja sama kat satu opis pada bulan Julai 2011. Banyak kenangan bersama, dia yang mengajar serba sedikit mengenai bahasa sarawak ini, tetapi yang tinggal hanya kenangan bulan Oktober dia kena transfer ke Setiu. memang sedih berpisah dengan dia. Tetapi walaupun jauh sedikit kadang kala saya akan berkunjung jua ke Setiu untuk mengeratkan silaturahim yang telah terjalin ini. Dia dah perkenalkan saya dengan kek lapis sarawak, tebaloi dan ada beberapa makanan dari sarawak.

Jadi jom kamek ajar kamus bahasa serawak.(kalu salah ampun)

Ok, mari kita mulakan!
(tok kira kamus besa jak ah? Kamus kerja orang malas. Harap maklum, pok.)

Semua huruf K dibelakang setiap perkataan adalah silent. 
Jangan lupak.Bahasa Sarawak bahasa lembut. 

Basics:

  • Kamek - Saya/Me
  • Kitak - Awak/You
  • Nya - Dia/He/She
  • Sidak - Mereka/Them
  • Sik - Tak/No
  • Aok - Ya/Yes
  • Ya - Itu/That
  • Tok - Ini/This
  • Mok - Nak/Want
  • Sik ada - Tak ada/Don't have
  • Nok ya - Yang itu/That one
  • Nok tok - Yang ini/This one
  • Nok ney - Yang mana/Which one
  • Siney - Mana/Where
  • Kenak - Kenapa/Why
  • Giney - Macamana/How
  • Sia - Sana/There
  • Sinun - Di sana/Over There
  • Sitok - Sini/Here
  • Polah - Buat/Do
  • Kinek tok - Sekarang/Now
  • Kelak - Kemudian/Later
  • Ngagak - Datang/Come
  • Mupok - Beredar/Leave
  • Juak- Juga/Also
  • Ari Marek- Yesterday
  • Aritok - Today
  • Kedak ya - Macam/Like that
  • Nang - Memang
  • Mun - Kalau/If
  • Bait - Baik/Good
  • Jaik - Jahat/Bad
  • Gago - Sibuk/Busy
  • Lan - Jom/Lets
  • Tek - Tadi/Just now
  • Pok/Bok - A term for friend, i.e mate
  • Deng - Sayang/Darling
  • Nemiak - Budak-budak/Kids
  • Rami - Ramai/Lots
  • Bulak - Bohong/Lie
  • Paloi - Bodoh/Stupid or Dumb
  • Ceridak - Messy
  • Sigek - Satu/One
  • Tetak - Ketawa/Laugh
  • Embak- Bawa/Bring
  • Nekik - Panjat/Climb
  • Singkol - Kaku/Uneasy or Awkward
  • Tunggah - Panggil/Call
  • Pisok - Pisau/Knife
  • Manok - Ayam/Chicken
  • Pusak - Kucing/Cat
  • Asuk - Anjing/Dog
  • Ngabas - menziarah/visiting
  • Gadong - Hijau/Green
  • Gerek - Teman lelaki atau perempuan/Boyfriend or Girlfriend
  • Kalas - Merah jambu/Pink
  Ok, ya tek suma basic pun ajak ah? Mun ada sik paham lagik kelak nanyak.

Kelak nambah (mun tukang nulis kamus tok sik malas lah.)

Tapi kadang-kadang, ada perkataan dalam Bahasa Malaysia yang sama dengan Bahasa Sarawak, tapi maksudnya lain. Such as:

Bahasa Malaysia Bahasa Sarawak

  • Kacak - Lawa/Pretty
  • Lawa - Sombong/Snob
  • Nyaman- Sedap/Delicious
  • Belon - Kapal Terbang/Airplane
  • Kelakar - Cakap atau Bersembang/Speak or Talk
  • Padah - Bagitahu/Tell
  • Pulang- Pula
Ini pulak contoh2 ayat-ayat yang boleh dipelajari :
  1. Awak pergi mana? = Kitak gi sine?
  2. Beloya = berborak
  3. Awak buat apa? = Kitak apa polah?
  4. Awak dah makan? = Kitak dah makan?
  5. Awak buat apa sekarang? = Apa polah kitak kinek tok?
  6. Awak apa khabar? = Kitak apa khabar tek?
  7. Boleh bantu saya tak? = Boleh nolong kamek sik?
  8. Semangat awak tinggi betol = Tinggi nar semengat kitak ?
  9. Bila awak nak kawin? = Bila kitak nak nikah gik?
  10. Ye la tu = Aok ajak la
  11. Awak nampak cantik hari ni = Kacak na kitak aritok
  12. Sombongnya awak = Lawa kitak owh..
  13. Awak dah mandi ke belum? = Kitak dah mandik lom?
  14. Lepas ini pergi mana pulak? = Kaktok pegi sine?
  15. Panas betul hari ni kan? = Panas na aritok owh?
  16. Gatalnya budak tu.. = Kenja nar nemiak ya eh?
  17. Pandainya awak = terer na kitak?
  18. Kesian = owhh tedah
  19. Dia pula yang terpilih = Nya indah dipilih?
  20. Awak nampak biru la hari ni = Kitak nampak biru la aritok
  21. Apa cerita dekat sana = Apa cerita kat sinun.
  22. Orang sini sihat je = Orang sitok sihat jak.
  23. Saya mengantuk lah = Kamek ngantok eh
  24. Macam mana nak jumpa awak = Camne nak jumpa kitak
  25. Bawa perlahan-lahan kenderaan tu ye = embak slow-slow kereta ya
  26. Pening betol kepala saya = Pening na palak tok eh
  27. Hari macam nak hujan je = ari macam nak hujan jak
  28. Awak lepak kat mana malam tadi? = Kitak relex sine malam tadik?
  29. Macamana awak boleh kurus macam tu? = Camne kitak boleh kurus kedak ya?
  30. Awak semua cakap tentang apa? = Kitak orang beloya hal apa?
  31. Ketawa terbahak-bahak = tetak perey
  32. Jahat = Gaok
  33. Menyampah aku tengok budak tu = ingga ku nangga nembiak ya
  34. Cawan awak cantik la = Cangkir kitak kacak lah
  35. Mana beli almari tu? = Sine meli kabat ya?
  36. Buruk betul perangai dia = jaik na perangenya eh.
  37. tengok tu = Diat ya
  38. Awak ada lihat tak surat khabar hari ni? = Kitak ada nangga sik newspaper aritok
  39. Awek tu cantik sangat la = Pempuan ya kacak gilak aie.
  40. Awak tahu tak? = Kitak tauk sik?
  41. Dia juga ke yang ikut kita ni? = Nya juak ka ikut kita tok?
  42. Dia tak pernah berubah lah = Seranto-ranto nya camya
  43. Awak percaya saya tak? = Kitak cayak kamek sik?
  44. Bila sampai? = Bila sampey?
  45. Tak pernah ku tengok budak ni = Sik kalak aku nangga nembiak ya
  46. mengutip sampah = mutit uras
  47. Dia memang patut di marah = Nya nang patut di anok.
  48. Jangan nakal-nakal tau = Jangan berolah tauk
  49. saya tak pandai la = endak ku pande eh
  50. Terhempas = terempas
  51. bagitau dia = padah ngan nya
  52. Minyak regular = Minyak benjen
  53. Marah = manas/meradang
  54. Awak Poyo = Bujat kitak
  55. Cermin Muka awak tu = Muka ko diat
  56. Kecilkan suara awak dan jangan bising sangat = Kecikkan sora kitak & Jangan terkiak-kaong gilak.
  57. Aku kempunan makan telur = Kamek ponek makan telur.
  58. Jangan lama sangat = Iboh lamak gilak.
  59. baru saya tahu = Bok kamek tauk.
  60. Menarik = Mengancam
  61. Heboh = Kamboh
  62. Jangan makan banyak sangat = Iboh kitak berkaul gilak makan.
  63. Comel = Kejawak
  64. Merapu = Ngereco
  65. Awak mengulang perkataan yang sama la. = Kitak mala jak ngitok benda ya.
  66. Bulu kening awak cantik = Bulu mansu kitak kacak eh.
  67. Saya tersedak setelah mendengar berita itu = Meransak kamek dengar berita ya?
  68. Barang saya telah di selongkar = Barang kamek kenak kerugak.
  69. Boleh tak saya menghiburkan awak = Boleh sik kamek ngibor kitak.
  70. Guli itu tenggelam = Guli ya tenggelup.
  71. Janganla membebel = Siboh ngerepak.
  72. Luka awak dah sembuh? = Lukak kitak dah bait?
  73. Saya basah kuyup kena hujan = Kamek lebor laur kenak ujan.
  74. Orang tak nak jangan di paksa = Orang sik maok iboh dipejal.
  75. Barang yang awak bawa tu terjatuh la = Barang yang kitak embak ya berayan eh.
  76. Suapkan makanan kat mulut dia = Sapik makanan rah mulutnya lok.
  77. Dah siap ke kerja awak tu? = Dah lekak kerja kitak tek?
  78. Comot = Empeyak
  79. Saya jalan dulu yer = Kamek mopok lok ah.
  80. Aku tak pernah dengar pun = Sik kalak aku nengar pun.
  81. Rambut awak selekeh betul = Unsa-ansei nar rambut kitak.
  82. Mereka bertempiaran lari ke bukit itu = Sidaknya ngelepar lari ke bukit ya.
  83. Saya tak nak jadi penjahat = Kamek sik maok jadi pak sauk.
  84. Sakit hati saya tengok budak tu = Sak ati nar nangga nembiak ya.
  85. Loya anak tekak saya = Berbual sa nyawa kamek.
  86. Jangan jadi penipu = Siboh jadi pembulak.
  87. Hentam je = Gasak jak.
  88. Awak ni kurang pandai la = Kitak tok belukuk bena eh.
  89. Cantiknya almari awak = Kacak nar lemari kitak.
  90. Ambil pisau tu untuk saya = Ambik pisok ya ngan kamek.
  91. Anjing itu kurap = Asuk ya kurap.
  92. Mata saya mengantuk = Mata kamek kelat.
  93. Jangan main dekat lopak tu, kotor tau. = Siboh main rah lopak ya, kemaik/kamah tauk sik.
  94. Awak makan ke mencekik = Kitak makan ka majoh.
  95. Jangan berlari = Siboh berekot.
  96. Letih aku melayan kamu nih! = Ajab rasa nyawaku  melayan kau ya!!
  97. Kelmarin awak buat apa? = Ari marek kitak polah pa?
  98. Awak berkelakuan pelik ni kenapa? = Kitak merange kenak?
  99. Awak jalan lurus je kat situ = Kitak jalan joros/lurus jak rah sia.
  100. Sedapnye.. Teringin nak rasa lagi = Nyaman na ei, belalak asa nyawa eh.
  101. Aku pulak yang kena = Kamek indah nok kenak.
  102. Jangan main dalam semak-samun = Siboh main dalam rumbu/babas.
  103. Letih betul = Kepak nar 
Ya jak dapat dipikey kamek setakat tok.
Ok. Mupok lok
Mun ada sebarang pertanyaan lagik, tanyak.
Iboh diam-diam.
Iboh eksen indah dah pandei.
 Kelak bila dah embak klaka menar-menar kelak, bisuk.






13 comments:

  1. Abe salam i'm impress...caiyokkk...hehe

    ReplyDelete
  2. Pening is ANGOL in sarawak

    ReplyDelete
  3. someone tolong translate
    " mo pubak idu beduli pasal mo, sorry la, du mey layen la mero alah mo "

    ReplyDelete
    Replies
    1. "kau mdh nya peduli pasal kau, sorry la, nya sik melyn ompuan cm kau"🤣👍🏻

      Delete
  4. salam dr malaya..kmek bnyk bljr kndrik jk..loghat pn da kdak urg sio..🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku urg sabah pun mau blaja bhasa sarawak

      Delete
  5. perkataan Lembeng dah xda gik kita dengar..org tua² marek selalu sebut lembeng kat anak² cdk mn ank² cdk main luar rumah

    ReplyDelete