Assalamualaikum wbt dan salam 1 tupperware semua..
hari ni rajin update blog tuan tanah.
Hari ni nak share resepi untuk kakak2 yang rajin ke dapur untuk menyediakan juadah untuk keluarga tercinta. Resepi ini saya ambil di FB . Harap semua dapat mencuba..(Saya belum mencuba)
Resepi : kuey tiaw Kung Fu
2 biji telor (kalau taruk 1 biji mcm kurang garing nanti )
Panaskan minyak dlm kuali mcm nak goreng ikan tu minyak nya
kacau 2 biji telor guna garfu dan taruk kuey tiaw dlm telor tersebut..biar bercampur
goreng campuran kuey tiaw dengan telor..goreng masak atau garing (saya suka garing) bila makan kruk krak kruk krak.. angkat dan toskan minyak.. ketepikan
Bahan-bahan Kuah :
1-2 ulas bawang putih
1 @ 2 biji cili api diketuk
air secukupnya
1-2 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sedikit air ye) kene agak2 kepekatan kuah ye..tak cair sangat dan tak terlalu pekat)
1/2 kiub pati ayam
sayur kailan
lobak
jagung muda dibelah 4
cendawan butang di potong
kobis dipotong
isi ayam dipotong dadu
sotong dipotong bulat
udang dibuang bahagian mulutnya
lada sulah
garam
ajinomoto bagi siapa yang nak taruk sbgai penyedap rasa(saya tak taruk)
Cara-cara Penyediaan :
* Panaskan kuali..masukkan 1 sudu minyak masak.. masukkan bawang putih yang
diketuk sahaja...goreng sehingga naik bau..
* kemudian masukkan air (anggaran tuk sorang makan tp kalau nak buat satu famili
pandai2 la gandakan apa yang perlu ye)
* masukkan isi ayam, kemudian sotong dan udang..
* masukkan bancuhan tpg jagung tadi. kepekatan kuah ni sperti yg saya bgtau tak
pekat tak cair sangat..
* kemudian masukkan sayuran yang dipotong dan lada sulah..dan taruk garam dan
perasa..
* perhatikan keadaan kuahnya ye..kalau cair tambah sikit lagi bancuhan tpg jagung
dan air
masukkan dlm pinggan kuey tiaw..curah kuahnya atas mee tadi.. dan tabur lada merah dan limau serta daun sup dan sedap dimakan dgn cili potong
No comments:
Post a Comment