Saturday 21 September 2013

TUPPERWARE BRANDS : Carilah Seorang Pemimpin (Motivasi Perkahwinan)


“Abang..hari tu ingat period dah habis.Ayang dah mandi, dah solat. Tapi harini keluar balik..kira period balik ke bang? ”

” Maybe kot. Try search kat google..”

"Dah tapi macam tak paham sangatlah bang. Erm, akak erma ada cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”

“Buat apa..cari ja kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”

Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut.

Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua (Pemimpin keluarga).

Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai ketua rumah.

Apa maksud PERKAHWINAN?

perkahwinan bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua. Ia perjanjian sampai mati. Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.

Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sung guh untuk menjadi seorang ketua.

Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alammaya ) tetapi bab bersuci pun entah kemana.

Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki. Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.

” Awak kan perempuan? Hidup dah
bertahun-tahun takkan awak tak
pandai-pandai lagi bab tu?! ”

Sebenarnya suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata
seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.

Bukankah mengajar isteri fardhu ain
itu suatu perkara wajib bagi suami?

Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?

Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

Seorang Suami Bertanggungjawab

Tak kacak tak apa, sebab lelaki
memimpin bukan dengan kekacakan.

Tak kaya tak apa, sebab kekayaan
bukan asbab hebatnya kepimpinan.

Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh, dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh. Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang pemimpin untuk isteri tidak mudah.

Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang pemimpin yang baik?

Bila tanya ustaz, dia kata.. carilah yg suka ke majlis ilmu

Bila tanya ustazah, dia jawab.. Carilah yg setia menjadi makmum imam di masjid.

Bila tanya ibubapa, mereka jawab.. Carilah pemimpinmu yang dekat kepada Allah SWT....

Fitrah hawa adalah dibimbing, dan fitrah adam adalah membimbing.

Inspired apabila melihat sepasang pengantin. Suaminya istimewa, tetapi isteri sudi menerima kekurangan suami seadanya. Seperti isteri Nick Vujicic yang sudi menerima beliau walau tanpa tangan dan paha.

- Inspiring person
- Kaya
- Well known people around the world

Yet, mereka sudah mempunyai seorang anak.

Adakalanya malu apabila memikirkan orang istimewa lebih berjaya, kaya daripada saya yang cukup anggota badan. The most inspiring, beliau menginspirasikan jutaan orang.

It will be good when we, the muslim could inspire the world untuk menuju Tuhan, and be a pure muslim. Not just muslim in IC.

Andai jodoh itu hanya kepada insan sempurna, pasti semua insan sempurna sudah peroleh jodohnya.

Andai jodoh itu hanya kepada si rupawan, pasti semua lelaki yang hensem dan hawa yang cantik sudah peroleh jodohnya.

Andai jodoh itu hanya kepada si hartawan, pasti semua orang yang kaya sudah peroleh jodohnya.

Andai jodoh itu hanya kepada orang muda, pasti semua orang muda sudah peroleh jodohnya.

Namun, hakikatnya jodoh adalah rahsia Allah yang dimiliki oleh sesiapa yang dikehendaki-Nya



No comments:

Post a Comment