Thursday, 29 August 2013

Tupperware Brands : HIKMAH PASTI ADA


Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Tupperware Malaysia

Pernahkan rakan2 pembaca saya pernah berfikir sejenak dan bersedih kerana mengharapkan pada sesuatu tetapi kita telah Berdoa pada ALLAH SWT moga2 apa yang kita harapkan dipenuhi atau dimakbul ???

Saya pernah mengalami perkara ini, untuk pengetahuan semua saya telah membuat permohonan pertukaran kerja balik ke negeri asal. Selepas berkahwin pada bulan 2 tahun ini, saya telah mengalami perubahan dan tanggungjawab sebagai suami. Di tambah dengan berita isteri mengandung membuatkan saya lagi bersemangat untuk balik bekerja supaya dekat dengan isteri. Hari demi hari di lalui dengan perasaan "moody" sbb hati hendak balik bekerja dekat dengan isteri.

Isteri dan banyak kali "sound" bila nak isi borang tukar, akhirnya dengan dokumen yang lengkap pada penghujung bulan Jun saya buat surat dan submit kepada kerani opis saya utk diproceed ke Putrajaya. Masa itu mood nak bekerja di opis sekarang sudah semakin menghilang, kerja dibuat dengan tidak ikhlas, kadang kala saya cuba lari dari masalah dan beban kerja di unit saya bekerja. Kalu fikir2 balik nak je cepat2 je berpindah kerana taknak terikat dengan kerja hakiki yang bagi saya ia membebankan dan mind set saya sudah terarah utk balik ke PAHANG


Hari berganti bulan.... tetibe saya dapat mesej dari junior mengatakan intake pengamabilan pada bulan september ioni, saya tanpa memikirkan apa hikmah dan akibat terus terasa "kehappyan" (hancur bahasa) habis segala hal nak pos dan bertanya utk mendapat kepastian, habis di "PM" dalam FB kepada mereka2 ada contact utk dihubungi. Akhirnya pada 23 ogos, saya dapat contact dan terus menghubungi no yang berkenaan, TETAPI.... saya menerima BERITA yang kurang menyenangkan, mengecewakan, menyedihkan dan segala2 tentang kesedihan, kerani yang incharge penjawatan saya menyatakan, permohonan yang diterima pada bulan Mei sahaja diproses utk pertukaran. Pada waktu itu saya terasa KECEWA dan SEDIH.




Apabila bermuhasabah dan menyelidik tentang diri saya, baru saya terfikir PASTI ADA HIKMAH DI ATAS APA YANG BERLAKU.  Apa yang saya nak highlight adalah :

  1. Kadang kala apa yang kita hendak dan mahu tidak semestinya ALLAH akan berikan on the spot pada waktu terdekat.
  2. Percaturan ALLAH SWT sangat baik dan berhikmah kerana dia ALLAH mahukan hambanya sentiasa berfikir dan selalu mengingatinya
  3. Kita sebagai hamba sepatutnya berasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan.
  4. Jangan kita berprasangka buruk kepada ALLAH swt di atas perkara yang berlaku dalam hidup kita. Pasti ada Hikmah.

Hayatilah firman Allah swt yang bermaksud,
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud,
“Berhati-hatilah kamu dengan berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka itu adalah sebohong-bohong ucapan”  Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

PENUTUP :
Apa yang berlaku dalam hidup saya pada bulan ini adalah titik tolak untuk saya terus berfikiran positif, isteri saya juga apabila diberitahu berkaitan hal pertukaran itu menyambut positif kerana dia menyatakan ALLAH sembunyikan sesuatu pasti bersebab. Semakin hari saya teruskan berkerja dan cuba melatih diri utk bekerja seikhlas mungkin tanpa ada paksaan dalam diri.

2 comments:

  1. challenge is also a gift from Allah. accept & embrace :)

    ReplyDelete
  2. Setiap yg berlaku .. lihatlah dari sudut yang positif.. dakwah tersalur bila mana kita menganggap dan bersyukur dengan dugaan yg kecik kepada kita

    ReplyDelete