Pages

Thursday, 4 September 2014

Tupperware Brands : Challange Day-3

Sesuatu yang menguatkan diri Ini......

Assalamualaikum wbt dan selamat berblog pada semua pengunjung blog Enciktupperware. Untuk cabaran entry hari ke-3 ini saya nak cerita sedikit tentang kekuatan, sesiapa disebalik kekuatan diri saya ini..

Yang utama mestilah sebagai seorang muslim kita tak lari dari sumber kekuatan yang MAHA AGUNg iaitu ALLAH SWT, Tuhan yang satu, di samping Nabi kita Nabi Muhammad SAW. Tanpa kedua-dua ini apalah guna kita sebagai seorang muslim jika kita tidak mengambil ALLAH dan Rasul sebagai sumber kekuatan.

Keluarga adalah sumber kekuatan saya, Ibubapa, isteri dan anak, adik-beradik serta sahabat handal. Bagi diri saya apabila melihat wajah mereka hati semakin tenang, saya sentiasa berdoa ALLAH panjangkan umur kedua mereka dan ALLAH beri kekuatan pada diri supaya saya terima dan redha jika ALLAH menjemput mereka kembali.

Anak sulung saya menjergah usia 10 bulan, pelbagai kerenah dan aksi yang dipamerkan kepada saya dan isteri. Saya bersyukur dikurniakan anak, Moga Muhammad Ammar Zhafran  menjadi anak yang soleh, tengok telatah hati anak, hilang stress keje kat pejabat.


Dan yang terakhirnya rakan-rakan yang bersama dalam business tupperware, di kalangan kami kaum adam memang mendapat saingan hebat dalam menjual dan mempromosikan produk tupperware. bukan mudah hendak memperolehi kepercayaan orang lain jika kita tidak dapat memberi kepercayaan kepada meraka.

Alhamdulliah siap cabaran hari ke-3.. 
Tak sabar nak menaip lagi entry seterusnya.
Jumpa di entry seterusnya kawan2 semua...

No comments:

Post a Comment