Pages

Monday, 15 September 2014

Tupperware Brands : Challange Day-15

Surat untuk seseorang.....

Bismillahirahmannirahim...
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua....
Apa khabar??? Hebat?? Ceria?? Mantap?? Positif??
Moga2 anda semua dalam RahmatNYA..Aminnn
Pejam celik dah masuk hari ke-15 cabaran kelab blogger ben ashaari.. wah memang sangat bagus cabaran ni bukan sekdar aku dapat promote Tupperware tetapi aku rajin menaip blog ini xlah bersawang kan..hehehehe..
Tajuk cabaran ni amat special bagi aku.. surat ini aku tujukan kepada ayahku supaya apa yang tersirat sepanjang hampir 30 tahun menjadi anaknya aku akan lauhkan dalam surat ini. Biar pun ayahku tidak membaca tetapi moga2 apa yang aku coretkan menjadi tatapan pada sesiapa sahaja. 

Gambar masa along konvo di UTM,Skudai 2008



Khas untuk ayah : Encik Ahmad Bin Abu yazid @Ali

Assalamualaikum wbt...
Ayah... 26 september adalah hari ulangtahun kelahiran yang ke-51. Along harap, along tidak lupa untuk wish kepada ayah. Along tersentak seketika apabila angah memaklumkan dari kakak yang ayah berasa sedikit terasa hati sebab tidak wish selamat hari bapa kepada ayah. Semasa hari bapa itu along masih ada di rumah ayah, along ingat apabila along tak wish itu ayah x berasa apa-apa. Bagi along sambutan hari bapa tiada apa-apa yang istimewa dari hari kelahiran ayah.

Tanpa diduga sebenarnya sekadar wish pun ia sudah melegakan ayah. di tambah adik-adik yang lagi semua wish pada ayah. Along minta maaf pada ayah banyak2. Tidak terniat along nak menyakiti hati ayah. Along akui 4-5 tahun ini along semakin rapat dengan ayah, tidak seperti dulu-dulu along tidak berapa rapat dengan ayah, along dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah along tidak gemar cara ayah melayan along khususnya. Along minta maaf sebenarnya along tidak nampak itulah cara ayah bergura senda dengan anak-anak. walaupun bagi cara ayah layan along macam itu, along tidak mengerti.

Ayah semenjak ayah dapat penyakit kencing manis ini, memang nampak perubahan fizikal pada diri ayah, ayah yang dulu badan berisi kini semakin cengkung. Apabila along mencium pipi ayah along dapat rasakan ciuman along pada tulang pipi ayah. Along perlu akui orang kencing manis ni ajal dia tak panjang. Tetapi along tetap berdoa pada ALLAH semoga ALLAH panjang usia untuk beribadat kepada ALLAH dan semoga ayah dapat melihat cucu-cucu ayah dapat membesar dengan sihatnya. Along juga sentiasa berdoa, ALLAH berikan kekuatan pada along supaya dapat menerima qada' dan qadar dari Allah swt.

Ayah along tahu ayah sangat sayang pada along pada waktu kecil sehingga sekarang. Dri penceritaan mak, tok wan banyak membuatkan along terasa insaf. Kasih Ibu membawa ke syurga, kasih sang ayah tidak berbelah bagi. Along pernah dengar cerita pada waktu kecil, tok wan amik along duk seminggu je tak silap tinggal dengan tok dan wan, ayah sampai demam rindukan along. Ya ALLAH sayangnya ayah pada anak-anak. Along berharap ,Kasih sayang along pada AMMAR juga seperti ayah lakukan pada along-alomg dan adik-adik.

Ayah terima kasih memberi apa yang termampu untuk kami adik-beradik, jasa ayah tak dapat dibalas dengan wang ringgit. Along berdoa semoga along dan adik-beradik dapat berbakti kepada ayah dan mak. Terima kasih banyak2 along ucapkan kerana mencari rezeki untuk kami, dan berlaku adil kepada semua anak2. kasihmu tidak berbelah bagi.

Ayah dikesempatan ini along minta maaf banyak-banyak jika percakapan dan tindak tanduk banyak menguris hati ayah dan menyebabkan airmata ayah mengalir, along tahu along pernah membuat perbuatan yang sedikit kurang ajar kepada ayah, itu semua along sebab along tidak tahu sebab apa ayah tidak boleh ini dan itu.. terlalu banyak along nak luahkan tetapi semua itu along jadikan memori yang terindah dan terburuk dalam hidup along. Along berharap along boleh jadi sehebat ayah menyara anak-anak..

Sekian terima kasih dari anakmu....
ALONG.....

 
kakak, ayah (gambar terkini), anakku si ammar
Notakaki : Minta maaf jika surat ini ada yang mengganggu fikiran pembaca. semasa aku mencoretkan surat ini pun airmata aku sudah hendak mengalir, di tahan jua sebab bimbang ada rakan-rakan yang bertanya kenapa tiba-tiba menangis ni..

Jumpa di entry terbaru.. salam sedih dari aku, ENCIKTUPPERWARE..
 

2 comments:

  1. Sedihhhh...saya faham perasaan along...sama juga dengan abah saya..perlu saya akui, kalau dengan sekadar ucapan pun dah membuatkan hati abah gembira apa salahnya kan..? semoga umur ayah along dipanjangkan dan diberkati Allah s.w.t (meleleh air matakuuuuu...)

    ReplyDelete
  2. Surat yg jujur dr seorang anak ...semoga ayah sihat selalu

    ReplyDelete