Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Entry petang ni nak bagi rakan2 pengunjung blog merenung seketika kadang kala kita tidak sedar tindakan kita ini tanda2 kita tidak mensyukuri nikmat yang ALLAH SWT kurniakan kepada kita. Artikel ni saya ambil dr : http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/21841-peringatan-sesiapa-suka-buang-nasi-ke-tong-sampah
Jadi mari sama2 kita ambil iktibar dan pengajaran, Fikiran dan minda biar open sedikit walau artikel yang saya ambil dari akhbar sebuah pegangan politik PAS. syukran
Kenaikkan
harga tidak kira harga minyak mahupun harga bagi barang-barang
keperluan yang lain juga adalah suatu musibah yang sangat dahsyat dikala
keegoan manusia menerpa.
Apabila
Allah datangkan suatu musibah, maka orang yang baik, soleh, dan
solehah pun akan terkena tempiasnya. Semua orang akan merasa musibah
tersebut kecuali mereka yang Allah lindungi kerana ada amalan yang
Allah suka.
Mungkin
kita tidak sedar bahawa kita telah banyak melakukan pembaziran dalam
perbuatan kita seharian seperti air, makanan, elektrik dan lain-lain
perbuatan lagi.
Yang paling dahsyat ialah apabila kita membuang rezeki ke dalam tong sampah. Lebih-lebih lagi butiran nasi. Nasi atau rezeki adalah perkara yang mulia. Perkara mulia yang tidak boleh diletakkan pada tempat yang hina seperti di dalam tong sampah.
Yang paling dahsyat ialah apabila kita membuang rezeki ke dalam tong sampah. Lebih-lebih lagi butiran nasi. Nasi atau rezeki adalah perkara yang mulia. Perkara mulia yang tidak boleh diletakkan pada tempat yang hina seperti di dalam tong sampah.
Apabila kita menghina butiran nasi dan rezeki yang kita perolehi, maka setiap butiran itu akan berdoa kepada Allah. Oleh itu, Àllah akan membuat keputusan-Nya untuk menghina pada kita balik.
Perhatian Kepada Kita Semua.
Sila
habiskan butiran nasi dan makanan, sekiranya tidak habis dimakan, maka
jangan sesekali buang ke dalam tong sampah. Sebaik-baiknya, berilah
kepada binatang-binatang lain seperti kucing, ayam, itik, burung dan
ikan. Kalau tidak jumpa binatang-binatang tersebut, maka boleh juga
diletakkan berhampiran pada pokok-pokok di sekeliling tempat tinggal
anda untuk dijadikan makanan semut, cacing dan pokok-pokok yang ada di
situ (baja organik).
Sambil-sambil
itu ucapkanlah istighfar dan bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki
lebihan yang anda perolehi pada hari ini serta berdoalah supaya
orang-orang yang tidak senasib dengan anda seperti di Syria dan di
mana-mana negara yang penduduknya tidak cukup makan dalam sehari ibarat
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang akan memperolehi rezeki
yang cukup untuk keperluan harian mereka. Amin.
Saya bercakap utk diri saya dan anda-anda sekalian dan bermuhasabahlah diri kita semoga Allah memberi taufiq dan hidayah serta maghfirah kepada kita agar kita tidak tergolong di dalam orang-orang yang kufur pada nikmat Allah.
Wallahua'lam.
Saya bercakap utk diri saya dan anda-anda sekalian dan bermuhasabahlah diri kita semoga Allah memberi taufiq dan hidayah serta maghfirah kepada kita agar kita tidak tergolong di dalam orang-orang yang kufur pada nikmat Allah.
Wallahua'lam.
nukeufo89 (Hasil nukilan penulis)
Harap pengisian ini dapat membuka mata kita, jangan amlkan pembaziran even nasi sekalipun, sentiasa kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan olehNYA. Moga2 rakan2 pengunjung dan saya sendiri dapat menjadi hamba yang bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan olehNYA.
No comments:
Post a Comment