Pages

Friday 7 June 2013

Cara mengekalkan status keahlian Tupperware Brands Malaysia daripada drop ?

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Tupperware

Sebelum tu saya nak kredit hasil perkongsian pada malam ini pada blog http://tupperwaremalaysiasale.blogspot.com/2013/05/cara-mengekalkan-status-keahlian.html dan juga hasil tunjuk ajar untuk upgradekan blog saya pada malam ni pada bro khairul nizam, fb dia : https://www.facebook.com/khairul.nizam.9440

Entry malam ini saya ingin berkongsi sedikit informasi mengenai cara mengekalkan status keahlian dalam Tupperware. Mungkin ramai yang tidak menyedari sebenarnya keahlian tupperware ada TAMAT TEMPOH. Informasi dengan mengatakan keahlian adalah seumur hidup dan tidak perlu renew adalah SEPARUH BETUL. Bermula 1 May 2013, pihak HQ Tupperware Brands telah mengeluarkan satu notis mengenai perkara ini.

 Kad Keahlian Tupperware Brands Malaysia

Betul ke seumur hidup??

JIKA seseorang consultant itu membuat pembelian berjumlah RM 600 pada setiap 12 bulan.
Sebagai contoh. 
- Consultant A mendaftar pada bulan Januari 2013
- Bulan akhir bagi mengekalkan status keahlian adalah pada bulan December 2013.
- Consultant A perlu membuat pembelian peribadi TAHUNAN (Total Personal Sale) sebanyak RM600.
- Bermula Januari 2014 pula Consultant A masih perlu membuat pembelian RM 600 sebelum berakhirnya December 2014.
- Jika tidak memenuhi syarat tersebut maka status keahlian akan menjadi tidak aktif dan seterusnya DROP.
- Untuk kembali aktif, Jika Consultant A telah drop.. maka Consultant A perlu mendaftar semula atau membuat pembelian sebanyak RM200 dalam satu bil. (Jumlah retail barang RM200)
- Consultant A perlu menunggu selama 3 bulan sebelum boleh mendaftar semula atau dengan kebenaran HQ.
 Syarat mengekalkan status keahlian

Mengapa perkara ini dibuat.?

Pada ketika ini lebih daripada 600 ribu (kalau berdasarkan daripada no siri keahlian) yang berdaftar dengan Tupperware Brands Malaysia. Dari sudut perniagaan, dengan cara ini pihak Tupperware boleh keep track dan memastikan hanya consultant yang benar-benar aktif dan mempunyai pengetahuan dalam produknya sahaja akan terus kekal sebagai consultant. 


Walaubagaimanapun SELALU nya dan pada kebiasaannya, anda tidak perlu risau mengenai perkara di atas. Leader atau Upline yang baik akan sentiasa keep track status keahlian anda. Mereka akan memberitahu kita dari semasa ke semasa mengenai status keahlian kita. Mana yang tak cukup, Insya Allah mereka akan top-upkan mana yang patut. Tapi jangan ambil kesempatan. :) Sebab mengekalkan status keahlian adalah tanggujawap diri kita sendiri. Jika kita minat atau serius, perkara ini bukan menjadi satu batu penghalang.  


Kepada yang dah drop.. dan terasa nak bertukar angin tu bolehlah menghubungi saya ya.

Insya Allah saya akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana anda boleh berjaya dalam bidang ini


Untuk check atau memeriksa status keahlian kita sendiri, kita boleh layari twbiznet di alamat http://www.twbiznet.com.my/ Cara-cara mengunakan twbiznet ada saya terangkan pada entry akan datang yer. Untuk maklumat lanjut, sebarang pertanyaan atau berkongsi pengalaman bolehlah menghubungi saya Abdul Salam 014-5061998. 



No comments:

Post a Comment