Monday, 17 February 2014

Tupperware Brands : Katalog 17 Feb - 31 Mac 2014

Assalamualaikum wbt..
dah lama x bersua..
malam ini nak share katalog terbaru kedua tahun 2014..
Jom kita lihat ok




























Berminat boleh hubungi saya : 014-5061998

Monday, 3 February 2014

Tupperware Brands : Party Tupperware di Homestay Teluk Ketapang

Assalamualaikum wbt dan selamat malam rakan2 pengunjung
blog dganutupperwarebrands.
Alhamdulillah Bulan Februari menjelma..
masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia ini..
apa khabar rakan2 maya semua.. harap2 anda semua sihat belake deh

Aktiviti pada1 Feb-2 Feb 2013 merupakan aktiviti yang tidak dapat dilupakan
kerana aktiviti dari petang samapai tengahari keesokkan harinya.
Penuh dengan kegembiraan dan byk ilmu2 baru dikutip
dan yang penting menjelajah ke tempat orang, luas pandangan kita.

1 FEB 2014 : PARTY TUPPERWARE DI HOMESTAY TELUK KETAPANG, KUALA TERENGGANU

Bergegas dari Pahang ke Dungun untuk bersiap2 untuk menghadiri party Tupperware Kak ila dari KT. Sambil ditemani rakan biz saya Mukmin dari Kuantan. 
Perancangan awal memang untuk melihat abg syam buat party Tupperware dan pas habis terus balik Dungun.
Alhamdulillah setibanya kami sampai di sana lebih kurang jam 4 lebih, program telah berjalan rancak dengan abg syam bercoleteh tentang dunia MLM Tupperware.

 Alhamdulillah ramai juga yang hadir dalam program ini, di samping berceloteh abg syam juga sempat membuat demo masakan mengguna asian paste rendang menggunakan Inspire Wok. 

Hadiah-hadiah untuk recognation dan cabutan bertuah

 selepas itu acara recognation itu semua ahli TEAM POWER yang hadir...
syukur dapat 3 hamper..heheheeh..
jadi program habis jam 6 petang.. dalam program tu sempat jugak diberika kesempatan untuk bagi sedikit talk bagaimana penglibatan dalam Tupperware Brands..
Perempuan Boleh lelaki pon Boleh berniaga tupperware..

seronok tengok makcik2 dan akak2 memberi perhatian sepenuhnya pada pengucapan awamku...hahaahhaha.. berangan... tq abg syam kerana bagi peluang utk sharing pengalaman.



1 FEB : BERMALAM DAN BBQ DI HOMESTAY WAKAF TEMBESU

Sebenarnya niat dihati untuk terus balik ke Dungun tetapi dipujuk rayu oleh abg syam utk stay berbbq dengan pelajar program keusahawanan KKTM Petaling Jaya. 
Jadi pada malam itu bermalamlah saya dengan mukmin di Homstay ala2 rumah tingkat di Wakaf Tembesu.
Malam itu menjadi chef three adalah sedikit sebyk tak membantu chef two (abg syam) masak bihun bujang.. 3 kali masak taw. yang kali ketiga masak tu memang saya tolong skit2..

Penangan Bihun air tangan abg syam memang menclearkan pencernaan saya keesokan harinya..
Bayangkan cili boh 3/4 bungkusan besar dimasukkan utk bahan masakan bihun. Sekali makan terus sentap perut manja saya ni.hahahahaha..
Syukur dapat jugak menjamah rezeki dari ALLAH SWT.
Pada 10 malam al-kisahnya abg syam nak buat BBQ khas utk pelajar tetapi ayam dan 
bahan perapan tidak dibeli lagi. Jadi saya bergegas makan dan bershopping sakan
di Pasaraya SABASUN Wakaf Tembesu. 
Pertama kali masuk di Pasaraya bumiputera Islam pertama di Kuala Terengganu
membuat hati saya teruja, kesungguhan owner memantapkan ekonomi bagi keperluan 
masyarakat setempat membeli.

Akhirnya impian pelajar utk berBBQ tercapai..
Jom usha2 gambar aktiviti BBQ...

  Alhamdulillah rezeki makanan lagi.. pada waktu tu hanya makan jambu batu dan sosej sahaja.. ayam?? ohhh terlalu penuh peut.. cukuplah..
esok nak bangun solat parokkkk..
Tido jam 12:30 MULA2..
tetapi disebabkan tempat baru macam gangguan dengan nyamuk2 dan
si bebudak ni ala2 kanak2 ribena boleh plak buat bising sebelum mereka tidur.
Gurau manja2 kot.. hai 15 orang nak jaga lelaki plak tu mmg havoklah si ayah..'hahahaha

2 FEB : DIPIKNIK DI PANTAI TELUK KETAPANG
Hari kedua, pagi2 memang kena bangun awal.. dengan tandas ada 2 dan berkongsi seramai 25 orang memang parokkk..
dalam jam 9 lebih kami semua menuju ke pantai.
Memang nampak keriangan pada wajah pelaja2 ni mandi manda di pantai
aku, mukmin dan abg syam hanya memerhatikan mereka dan berbual2 kosong.
Gelagat abg syam memecahkan kebingitan mandi manda pelajar ini.
ala2 ayah berteriakan "woi hanif jangan mandi tengah,mandi dekat2 je..jangan jauh2"
hahahahahaha.. memang kelakar habis..

 seksi nya abg syam...hahahahahha...

Next station kami pergi BTB2099 Keropok di Kg Bukit Tok Beng, antara keropok terfemes di KT ini selain keropok losong.
Tetapi malangnya.. keropok rebus tidak dapat dibeli sebabkan terlalu ramai dan kena ambil nombor macam kat bank.. canggihhhhh...hehehehe
sebaik habis membeli keropok, last aktiviti ke Pasar Payang, Kuala Terengganu.
Peluang keemesan bagi mereka yang berkunjung ke Terengganu wajib berkunjung ke Pasar payang.
 Kami berpisah jam 2 lebih.. memang seronok aktiviti di kuala Terengganu sehinggakan hilang letih dan mengantuk.
Sampai ke dungun Jam 4 lebih. Jam 8 malam mukmin naik bas je utk balik ke kuantan..
selamat pulang min...
 Next Trip 26 Feb Ke Kuching, Sarawak..
x sabar nak jumpa new gen-2 Director Kak sal..

 

Monday, 27 January 2014

Tupperware Brands : Preview Item Leaflet 23 Jan - 15 Feb 2014

Assalamualaikum ....
selamat tengah hari rakan2 semua pengunjung..
ok tak entry lepas??
sedih kan..
saya sendiri sentap dan tersedar dari lena..
maybe mak dan ayah kita merasa apa yg terjadi dalam kisah entry lepas..
Mak dan ayah adalah segalanya bagi kita..
tanpa mereka siapalah kita..
Ok berbalik pada tajuk di atas,  ramai pulak tanya saya macam mana gamabr2 yg sebetulnya.. nak tengok x nampak sgt..
ok sy akan tunjukkan gambar sebenar..
byk copy dlm google je..






ini je yg dapat saya tunjuk hari ini..
nanti sy update lagi ye..
selamat menjamu selera

Tupperware Brands : Sayu, Sedih. Nasihat & Luahan Kerinduan Seorang Ayah Kepada Anaknya di Facebook.


Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

“Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.
Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?'

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak…

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.

Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini.
Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.



Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya.”

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.