Sunday, 12 January 2014

Tupperware Brands : Tips Penjagaan Tupperware

Assalamualaikum wbt..  
selamat tengahari sahabat2 semua.. 
pengunjung blog Dganutupperwarebrands.
Tengahari yg berbahagia ni nak share skit tips penjagaan Tupperware. 
Eh ada tips jugak ??? Mesti ada yg cakap gitu.. mana boleh semua barang yang berharga ni perlu dijaga rapi even Tupperware Brands menawarkan Lifetime Warranty tetapi x bermakna kita guna sesuka hati.. Jangka hayat yg kita guna Tupperware tu boleh dipanjangkan jika cara penjagaan kita baik.
Ok xnak bercoleteh lagi tuan tanah..kang semua lari..
Jom tengok jadual kat bawah ini.

CARA CUCIAN

1.   Gunakan air suam bersabun dan kain lembut atau span.
2.   Kering menggunakan kain lembut atau dibiarkan kering sendiri.
3.   Jauhkan dari panas.
4.   Gunakan baking soda untuk menghilangkan kotoran degil.


PENYIMPANAN


1.   Keringkan dengan kain lembut sebelum disimpan.
2.   Buka semua tutup Tupperware utk aliran udara.
3.   Simpan Tupperware dalam keadaan PENUTUPNYA DIBUKA. Ramai yang tak tahu ni.
                            
                

MINUMAN, MAKANAN & CECAIR PANAS


1. Biarkan makanan, minuman & cecair seperti minyak, sup, sos sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan dlm Tupperware


KESAN CALAR

1.   Elakkan menggunakan alat tajam, pencuci yang kuat.
2.   Gunakan pencuci dan span yang lembut.
3.   Untuk menghilangkan kesan minyak, gunakan air suam.


MICROWAVE


1.  Produk Tupperware tidak boleh digunakan untuk memasak dan tidak sesuai untuk Microwave
2.  Kecuali TupperWave Stack Cooker, Rock ‘N Serve & CrystalWave reheatable products dan set blossom.


BAU YANG KURANG MENYENANGKAN


1.   Letakkan arang/surat khabar didalam Tupperware & tutup ketat
2.   Basuh penutup & bekas Tupperware dengan Baking Soda
3.   Cuci dengan Jus lemon/cuka dan bilas dengan air.
3.   Buka tutup Tupperware apabila tidak digunakan

Tupperware Brands : KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

Assalamualaikum WBT dan selamat pagi warga Blogger semua..
Hari ini saya nak share mengenai solat sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha Ianya Amalan Berbentuk Sedekah


Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720)

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari.

Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:

Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. (Hadith Riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097)

Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah.

Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. (Hadith Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535)

Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat.

Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748)


TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA.

Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit) menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’.

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat. (Hadith Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535)

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748)

Jumlah Rakaat Solat Dhuha.

Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadith-hadith berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat. (Hadith Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273)

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:

Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat. (Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176)

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti di bawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:

Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadith Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. Rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadith Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadith ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadith ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadith Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadith ini dha’if. Wallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:

Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719)

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Alhamdulillah banyak kelebihan solat sunat Dhuha ni sebenarnya sahabat sekalian.. Jadi jangan lepaskan peluang ini. Jom solat...
Selamat Beramal sahabat2 Dganutupperwarebrands
 

Thursday, 9 January 2014

Tupperware Brands : Bolehkah Langsung Tidur Setelah “Bercinta”

Setiap muslim pasti paham bahwa setelah berhubungan seksual, suami istri wajib mandi junub untuk mensucikan diri dari hadats besar. Yang menjadi pertanyaan adalah, bolehkah menunda mandi junub dengan tidur terlebih dahulu? Mengingat mandi di malam hari terasa dingin dan berat.

Berikut ini 6 hadits yang menjelaskan mengenai masalah tersebut:


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَيْسٍ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ كَيْفَ كَانَ نَوْمُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْجَنَابَةِ أَيَغْتَسِلُ قَبْلَ أَنْ يَنَامَ أَوْ يَنَامُ قَبْلَ أَنْ يَغْتَسِلَ قَالَتْ كُلُّ ذَلِكَ قَدْ كَانَ يَفْعَلُ رُبَّمَا اغْتَسَلَ فَنَامَ وَرُبَّمَا تَوَضَّأَ فَنَامَ
Dari Abdullah bin Abu Qais dia berkata; "Aku bertanya kepada Aisyah bagaimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidur dalam keadaan junub? Apakah beliau mandi sebelum tidur? Atau tidur sebelum mandi? ' Aisyah menjawab, 'Semua pernah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.. Kadang beliau mandi dahulu lantas tidur, dan kadang (hanya) wudhu lalu tidur." (HR. An Nasa’i)

أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيَرْقُدُ أَحَدُنَا وَهُوَ جُنُبٌ قَالَ نَعَمْ إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَلْيَرْقُدْ وَهُوَ جُنُبٌ
Umar bin Al Khaththab bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, "Apakah boleh seorang dari kami tidur dalam keadaan dia junub?" Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Ya. Jika salah seorang dari kalian berwudhu, maka hendaklah ia tidur meskipun dalam keadaan junub." (HR. Bukhari)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَيْسٍ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ عَنْ وِتْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ الْحَدِيثَ قُلْتُ كَيْفَ كَانَ يَصْنَعُ فِي الْجَنَابَةِ أَكَانَ يَغْتَسِلُ قَبْلَ أَنْ يَنَامَ أَمْ يَنَامُ قَبْلَ أَنْ يَغْتَسِلَ قَالَتْ كُلُّ ذَلِكَ قَدْ كَانَ يَفْعَلُ رُبَّمَا اغْتَسَلَ فَنَامَ وَرُبَّمَا تَوَضَّأَ فَنَامَ قُلْتُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ فِي الْأَمْرِ سَعَةً
Dari Abdullah bin Abi Qais dia berkata, "Saya bertanya kepada Aisyah tentang witir Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam. Lalu dia menyebutkan suatu hadits. Aku bertanya lagi, 'Bagaimana (yang harus) beliau perbuat ketika dalam keadaan junub, apakah beliau harus mandi sebelum tidur atau tidur tanpa mandi? ' Aisyah menjawab, 'Sungguh semuanya telah dilakukan beliau, kadang beliau mandi lalu tidur, kadang beliau berwudhu lalu tidur.' Aku berkata, 'Segala puji bagi Allah yang menciptakan dalam perkara tersebut suatu keleluasaan'." (HR. Muslim)

إِذَا أَصَابَ أَحَدُكُمْ الْمَرْأَةَ ثُمَّ أَرَادَ أَنْ يَنَامَ قَبْلَ أَنْ يَغْتَسِلَ فَلَا يَنَمْ حَتَّى يَتَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ
"Apabila kalian menggauli istri kalian, kemudian hendak tidur sebelum mandi, maka jangan tidur hingga berwudhu sebagaimana wudhu untuk shalat." (HR. Malik dalam Al Muwatha’)

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجْنِبُ ثُمَّ يَنَامُ وَلَا يَمَسُّ مَاءً حَتَّى يَقُومَ بَعْدَ ذَلِكَ فَيَغْتَسِلَ
Dari Aisyah ia berkata; "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam junub kemudian tidur tanpa menyentuh air. Setelah itu beliau bangun dan mandi." (HR. Ibnu Majah)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنَامُ وَهُوَ جُنُبٌ وَلَا يَمَسُّ مَاءً
Dari 'Aisyah ia berkata; "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah tidur dalam keadaan junub, dan beliau tidak menyentuh air." (HR. Tirmidzi)

Jadi, dari keenam hadits tersebut dapat disimpulkan bahwa boleh bagi suami istri untuk tidur setelah “bercinta” di malam hari (menunda mandi junub) dan dianjurkan untuk wudhu terlebih dahulu sebelum tidur. Wallahu a’lam bish shawab. [Abu Nida]

Credits to :http://www.bersamadakwah.com/2014/01/bolehkah-langsung-tidur-setelah-bercinta.html

Semoga sama2 peroleh ilmu..

Monday, 6 January 2014

Tupperware Brands : Azam atau Berazam ??

Assalamualaikum wbt...
Azam dan Berazam??
2014 APA AZAM DAN KEAZAMAN ANDA??

 Inilah diri saya sekitar Tahun 2009..Berat badan rasanya around 70 kg lebih je..Saya pon dah tak ingat dah gambar ni, mujur member kamcing budak perlis si Mohd Shamizifalihin ni pm kat FB. Terasa nak seperti ini semula.

Semenjak saya berkahwin bulan depan setahun saya mmg x exercise langsung, dah masuk seorang anak dah. Sebelum kahwin punyalah rajin exercise jalan kaki 10,000 langkah dan naik Bukit Bauk kat DUNGUN lagi ..hihihhihi.

Sekarang ni berat badan, masyaALLAH nak dekat 100 kg..SOB3..
bini dah sounds kat saya..kuruskan diri skit bang.. 
dalam hati bertekad jugoklah demi isteri dan keluarga tersayang.

  Ni gambar terbaru.. uish gemuknyer saya.. lemak sana sini..hahahaah.. siyes mmg x suka x suka x suka..
Tahun 2014 saya berazam dengan keazaman utk merubah ke arah kesihatan yang lebih baik.




Tips dari bro kevin zahri utk tahun 2014, insyaALLAH saya akan cuba yang terbaik. chaiyokkk



Mudah-mudahan 2014 saya kembali sihat seperti dulu, impian perlu realistik agar boleh kurangkan saiz badan dari xl ke l sekurang-kurangnya.

JOM SIHAT DAN KEKAL BERTENAGA..

JADI JOM SAHUT CABARAN AZAM TAHUN 2014 ANDA..

JOM UBAH PENAMPILAN DIRI DEMI KEBAIKAN DIRI SENDIRI..

Tupperware Brands : Hot Deal January 2014

Assalamuailaikum WBT dan selamat pagi semua...
Hari isnin / 6 januari 2014.
Minggu ke-2 Tahun 2014
Sihat semua.. Moga2 tahun 2014 ni lebih2 hebat diri kita 
untuk persiapan diri utk dunia dan akhirat

Cantik tak steam it berwarna hijau ni??
saya nak tunjuk je kat korang..
Tupperware Indonesia ni.
saya punya order bulan depan dapat kot..

ok2 berbalik pada tajuk entry bulan ini kami Dganutupperwarebrands MENAWARKAN beberapa HOT DEAL utk semua customer kami.. Jom kita lihat


  TAWARAN 1 : OT 4 Musim RM150.40 dan Keahlian RM70.00
Pakej utk mereka utk permulaan pendaftaran keahlian Tupperware Brands seumur hidup.


Tawaran 2 : Set Kombo Rice Dispenser dan Water wonder all dan modular mates dengan 
harga yang mampu milik RM350.00 sahaja.

Tawaran 3 : Set Lavender, Allegra Serving centre dan Tall canister 10 liter
dengan harga menawan less 25% dar harga katalog

Tawaran 4 : semua item dalam gambar dapat potongan 25% dar harga katalog


Tawaran 5 : Inspire casserole pot 3.7 liter free lifetime membership dengan harga rm370.00 SAHAJA.

 Bagi anda yang mencari tawaran yang super hebat, di sinilah jawapannya..
Untuk keterangan lanjut / tempahan / pembelian boleh hubungi saya ABDUL SALAM TP  : 014-5061998 (call/sms/whatsapp)

Saturday, 4 January 2014

Tupperware Brands : Recycle CODE

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua..
anda tahu apa ini ??
copy gambar dari : google
Apa yang anda perlu tahu ??
Jom kita study skit benda alah ini..

Type 1 - Polyethylene Terephthalate (PET)
Kegunaan :
Botol minuman ringan dan mineral. Jenis yang paling banyak dkitar semula. Kebanyakan pusat kitar semula memerlukan anda mengasingkan penutupnya dan meleperkan botol tersebut. 

Type 2 - High Density Polyethylene (HDPE)
Kegunaan :
Botol detergen dan minyak masak, beg runcit serta mainan plastik 
 
Type 3 - Vinyl/Polyvinyl Chloride
Kegunaan :
Paip plastik, perabut luaran. Pusat kitar semula jarang mengambil bahan ini untuk dikitar semula.
 
Type 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)
Kegunaan :
Beg plastik, pelapik tin, bekas pengisi makanan. Jarang di gunakan 
 
Type 5 - Polypropylene (PP)
Kegunaan :
Penutup plastik, penyedut air minuman, pembalut makanan, permaidani. Jarang dikitar semula. Biasa nya di tanam di tapak pelupusan. 
 
Type 6 - Polystyrene (PS)
Kegunaan :
Palet pembungkus, cawan polystyrene. Kebanyakan stor perkapalan/pembungkusan akan menerima bahan ini untuk digunakan semula.
 
Type 7 - Lain-lain
Kegunaan :
Sesetengah jenis pengisi makanan dan tupperware.
Terdapat berbagai cara untuk kita mengurangkan kadar pengeluaran bahan-bahan plastik yang tidak diperlukan.
Di sini disertakan beberapa contoh:
Elak/Kurangkan
Apabila anda membeli barang keperluan, bawalah beg anda sendiri. Jika perlu, pilihlah beg kertas bagi menggantikan beg plastik.
Guna Semula
Jangan buang beg plastik yang terdapat di rumah anda. Simpan beg ini kerana ia boleh di guna semula.
Kitar Semula
Jangan buang bahan-bahan plastik kerana ada sesetengah bahan plastik yang boleh dikitar semula. Bahan-bahan permainan daripada plastik yang tidak boleh digunakan lagi boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan. Ini adalah sebahagian dari cetusan idea bagaimana kita boleh menguruskan bahan-bahan plastik. 
 
Jika anda mempunyai cadangan/idea berkaitan isu ini, kami mengalukan-alukannya dari anda. **di petik dari http://www.kpkt.gov.my/kitarsemula/Malay/WhatPlastic_m.asp
 
ADA LAGI YG PALING BEST. APE ERK???
Jaminan SEPANJANG HAYAT... Hanya Tupperware sahaja yg memberi JAMINAN SEPANJANG HAYAT di mana anda boleh menukar semula tupperware anda sepanjang hayat sekiranya rosak (mengikut piawai tupperware). 
 
Oleh itu anda boleh menjadikan ianya salah satu product turun temurun.Oleh itu gunakanlah product tupperware kerana ianya selamat dan boleh di kitar guna pakai bertahun2 lamanya. Tidakkah ianya menjimatkan? Adalah berbaloi anda mengeluarkan cost yg tinggi sekarang untuk penggunaan jangka masa yang panjang dan kesihatan keluarga dan diri sendiri terjaga.
Fikir2 kanlah sendiri YE... 
 
Jadilah PENGGUNA YANG BIJAK...

Tupperware Brands : NO MORE PET BOTTLE!!!



 Assalamualaikum and very good morning to all
* Do you know that 100,000,000 PET bottles are used every year in Malaysia, Singapore & Brunei alone?
* Do you know what happens to these bottles after you throw them away?
* Do you know the detrimental effects these bottles have on our environment?
* Do you know YOU can make a difference?


* 85,000,000 water bottle end up as garbage EVERY YEAREach bottle takes about 1000 year to BIODEGRADE 

WHY USE DISPOSABLE WHEN THERE'S A PRODUCT SAFE AND LAST YOU A LIFETIME?


Rm 54.00
Member price : Rm 40.50