Pages

Monday, 27 January 2014

Tupperware Brands : Preview Item Leaflet 23 Jan - 15 Feb 2014

Assalamualaikum ....
selamat tengah hari rakan2 semua pengunjung..
ok tak entry lepas??
sedih kan..
saya sendiri sentap dan tersedar dari lena..
maybe mak dan ayah kita merasa apa yg terjadi dalam kisah entry lepas..
Mak dan ayah adalah segalanya bagi kita..
tanpa mereka siapalah kita..
Ok berbalik pada tajuk di atas,  ramai pulak tanya saya macam mana gamabr2 yg sebetulnya.. nak tengok x nampak sgt..
ok sy akan tunjukkan gambar sebenar..
byk copy dlm google je..






ini je yg dapat saya tunjuk hari ini..
nanti sy update lagi ye..
selamat menjamu selera

Tupperware Brands : Sayu, Sedih. Nasihat & Luahan Kerinduan Seorang Ayah Kepada Anaknya di Facebook.


Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

“Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.
Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?'

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak…

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.

Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini.
Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.



Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya.”

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

Wednesday, 22 January 2014

Tupperware Brands : Jom Menjaga Kesihatan

Assalamualaikum WBT dan salam 1 Tupperware
Good Morning!!!!!!!!

Pagi ni nak promote Nature Care Lacto Fiber..
Ape tu??

 Kelebihan Lacto Fiber ini bagus untuk kesihatan usus anda dan untuk pengurusan berat badan

Harga Promosi untuk bulan ini hingga Februari 2014 ialah RM80.00
Harga Retails RM129.00

Jom tambah ilmu pengetahuan pagi ini..

 
 Nak Order?? Boleh..
Hubungi saya : 014-5061998
 

Tuesday, 21 January 2014

Tupperware Brands : Leaflet 23 Jan - 15 Feb 2014

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.
Tahun baru Leaflet baru
Prosperity and Charity
Sempena Tahun Baru Cina
Jom kita usha dulu







Kempen ini dengar bermula awal sedikit iaitu 23 jan 2014 disebabkan HQ cuti lama sempena tahun baru cina, so enjoy buy n sale.
so sesiapa berminat boleh hubungi saya
014-5061998

Tupperware Brands : Jom masak Asian Meals Rendang paste dengan Inspire Fryer

Assalamualaikum WBT dan selamat pagi
Jom ceriakan hari anda dengan bersama blog dganutupperwarebrands
Alhamdulillah pagi ini masih diberi peluang untuk
berceloteh (ayat nak bagi syarahan)heheehe..
Al-kisah pagi ini saya nak berkongsi dengan rakan2 pengunjung
blog ini menggunakan Inpire Fryer dari Tupperware Brands.
Petang semalam punya cerita saya memasak Rendang Daging ala suami orang di dapur tempat tumpangan sementara saya di Dungun.

 ni dia Fryer Tupperware Brands


 Sila abaikan lukisan yg cantik2 kat dinding dapur tu ye..hahahaha
..ok jom kita masak..

Bahan2 :
1. Asian meal paste rendang
2.santan 100g
3.Daging 300g-400g
4.Hirisan bahan utk hiasan
5.daun limau purut pembangkit aroma rendang

Cara2 memasak: 

masukkan daging dan paste rendang..
masak lebih kurang 10 minit
pastikan gaul sebati paste dan daging

 masukkan santan, hirisan bawang dan limau purut
kacau dan tutup semula fryer..hehehe
masak lebih kurang 10 minit..
ini semua bergantung pada daging ye puan2..
tetapi memang cepat.
Lagi satu saya tak masukkan minyak dan air pun dalam hidangan ini..

inilah hasilnya rendang daging yg telah siap menggunakan asian meal pes rendang dimasak menggunakn inspire fryer.
Jangan lupa mencubanya ye..




Saturday, 18 January 2014

Tupperware Brands : Assembly BCO Dungun (18 Jan 2014)

Assalamualaikum WBT dan selamat malam semua rakan2 blog
dganutupperwarebrands..
Apa khabar anda semua??
Hebat dan Luarbiasa seharusnya..
dapat aura positif dari Kak sharifah iaitu owner BCO Dungun
Alhamdulillah dapat menghadiri program yang amat berguna.
So program yang berlangsung pada jam 3.00 petang dihadiri lebih kurang 25 orang
Meriah sungguh..
Demo masakan menggunakan Inspire saucepan menggunakan Asian Meal memang best
dan demo berkaitan Lacto Fiber membuka mata saya untuk meneruskan menggunakan produk ini.

Jom tengok gambar2 aktiviti pada petang tadi.


Teka apa yang saya cerita..hehehe


kusyuk dengar ceramah




Hadiah yang menanti utk pengunjung


Demo Inspire Saucepan

Demo masak menggunkan asean meal tauchu sezhua

Kak na, Dir. Kak Sal pemenang bertuah

Telur yang dimasak sempurna menggunakan saucepan. hanya menggunakan 1 sudu air shj

Surprise dapat gift 10 terawal datang assembly

sesi bergambar selepas tamat aktiviti

Tahniah My Dir. saudara Mukmin dari Kuantan. Sales Bulan dec gempak giler

Tahniah Kak Hasliza dari Hospital dungun yang menyertai Tupperware Brands

ini gift2 yang saya dapat tadi.. Rare Item.. tema kuning.
Aktiviti Team Power seluruh Malaysia hari ini
Meriah bukan akiviti yang sertai petang tadi...
Banyak ilmu yang saya perolehi berkaitan Lacto fiber dan Set Inspire Saucepan
Jadi bagi sesiapa nak sertai Tupperware Brands
Jom Hubungi saya : 014-5061998

Friday, 17 January 2014

Tupperware Brands : Tidur cara Sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Assalamaulaikum WBT , 15 Rabiulawal 1435 khutbah jumaat di Masjid Sungai Udang, Dungun menyentuh hati saya untuk mencoretkan sedikit info yang termampu itu saya berkongsi di dalam blog dganutupperwarebrands. Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir untuk membaca dan membeli melalui blog ini.

Tidur Untuk sihat
Tidur sama pentingnya dengan air dan makanan tetapi ada orang anggap tidur ini amalan remeh. Padahal tidur adalah salah satu resipi sihat, cantik dan awet muda. Tidak percaya? Ketika tidur, tubuh bekerja keras memperbaiki sel-sel dan jaringan tubuh yang rosak. Otak pula sibuk mengisi ruang memori dengan pelbagai perkara yang anda alami dan pelajari.

Tidur yang dimaksudkan ini adalah tidur yang berkualiti. Ada beberapa persoalan mengenai tidur yang perlu kita tahu. Apakah pengaruh tidur bagi organ-organ penting manusia? Benarkah tidur yang terlampau akan membuat anda gemuk? Atau sebaliknya kurang tidur boleh menyebabkan anda obesiti?
 


Kulit
Semasa tidur, tubuh menghasilkan hormon pertumbuhan manusia (human growth hormone/HGH) dan melatonin. Fungsi kedua-dua hormon ini berkaitan dengan kecantikan, antaranya untuk memperbaiki sel-sel tubuh, mencegah penuaan diri dan meremajakan kembali jaringan-jaringan tubuh yang telah haus. Kerana itu jangan hairan apabila terdapat perbezaan yang jelas antara kulit orang yang cukup tidur dengan yang kurang tidur. Seseorang yang kurang tidur akan kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya. Sementara yang cukup tidur nampak lebih segar.

Mata
Mata adalah sensor pertama manusia bagi memulai hari. Begitu mata melihat cahaya terang di pagi hari, ia akan mengarahkan tubuh untuk memulakan aktiviti. Dalam sehari otot-otot di sekitar mata akan bergerak-gerak ribuan kali mengikut ekspresi wajah. Sedih, gembira, berkerut, ketawa semuanya melibatkan tarikan otot-otot sekitar mata. Sebab itulah, tanda-tanda penuaan salah satunya ada di kerutan sekitar mata. Jadi untuk memastikan otot-otot itu punya waktu istirahat yang cukup setiap hari, tidur sangat diperlukan. Bagi sesetengah orang, cahaya mempengaruhi cepat atau lambatnya seseorang tidur di samping keselesaan. Ada yang tidur dengan suasana lampu dipasang dan ada juga yang tidur dalam keadaan gelap.

Paru-paru
Sama ada dalam keadaan jaga mahupun tidur, udara akan masuk ke dalam tubuh melalui mulut dan hidung, mengalir ke saluran pernafasan dan kemudian ke paru-paru. Apabila udara mengalir dengan baik ke paru-paru, maka fungsi organ ini juga akan berfungsi dengan baik. Hasil kajian Dr. Olga Parra dari Universiti Hospital Barcelona, Sepanyol mendapati, kesulitan tidur akan menimbulkan risiko serangan angin ahmar. Ini kerana adanya gangguan berkala ketika bernafas. Jadi sangat jelas bahawa gangguan tidur adalah gangguan pernafasan selama tidur kerana terhalangnya aliran udara yang masuk ke dalam paru-paru.Nasihat beliau, lakukan aktiviti apa pun agar tubuh bergerak dan letih. Organ tubuh yang aktif bergerak akan mencapai puncak keletihan pada malam hari sehingga membawa kepada tidur yang selesa, tanpa gangguan pernafasan selama tidur.
 

# 7 tips untuk tidur yang berkualiti (Berdasarkan teks khutbah jumaat hari ini)
  • Jangan terlampau kenyang atau terlalu lapar
  • Minum susu sebelum tidur
  • Jangan minum minuman berkafein
  • Jangan merokok sebelum tidur
  • Mandi jika perlu jika cuaca panas atau badan terlalu berpeluh
  • Tidak melakukan aktiviti yang berat pada waktu petang
  • Tidak tidur terlalu lama pada waktu siang

Sunnah nabi berdasarkan visual. Jom kita hayati moga perkongsian pada petang ini berguna dan bermanfaat pada rakan2 semua.


1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... 
- See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/03/sunnah-nabi-sebelum-selepas-dan-ketika-tidur.html#sthash.zjzxD8OI.dpuf
 Moga-moga perkongsian pada petang ini dapat menyuburkan kasih sayang rakan-rakan blog saya untuk kasih dan cinta pada Rasul Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Ada banyak sunnah yang boleh kita ikuti selain amalan sunnah ini, Kita sebagai umat jika tidak dapat melakukan semua jangan pula kita tidak mengikuti langsung.

#Salam Maulidur Rasul 1435.
Kasih sayang padamu Rasullullah shingga ke mati
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... 
- See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/03/sunnah-nabi-sebelum-selepas-dan-ketika-tidur.html#sthash.zjzxD8OI.dpuf
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... 
- See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/03/sunnah-nabi-sebelum-selepas-dan-ketika-tidur.html#sthash.zjzxD8OI.dpuf

Thursday, 16 January 2014

Tupperware Brands : Nano Nature Water Filtration

Assalamualaikum WBT..
Adakah air di rumah kita bersih & sihat?
Kenapa pentingnya sistem penapisan air yg betul? Jawapannya mestilah untuk kesihatan kita sekeluarga kerana air adalah sumber mineral yg penting untuk tubuh badan kita sehari-hari. Air yg tidak bersih & tidak sihat boleh mengundang pelbagai penyakit. Jadi amatlah penting bagi kita memilih sistem penapisan terbaik untuk memproses air di rumah kita supaya sentiasa bersih, sihat & selamat untuk digunakan seisi keluarga.

Di sini kami ingin cadangkan salah satu sistem penapis air yg terbaik di pasaran iaitu Tupperware Nano Nature Water Filtration System (NNWF). Anda boleh baca kelebihan-kelebihan NNWF ini di bawah. Tidak dinafikan sekarang banyak sistem penapis air di pasaran untuk dipilih. Cuma sebelum membeli, seeloknya kita mengkaji terlebih dahulu kelebihan & kekurangan sistem penapis yg akan kita pilih.

Di sini kami ada offer terbaik kepada mereka yg sedang mencari-cari sistem penapis air di pasaran. Kami ingin menawarkan kepada mereka yg betul-betul ingin mendapatkan NNWF ini pada harga yg murah, jimat & berbaloi-baloi.

HARGA RETAIL : RM2,750.00
HARGA OFFER : ????

Dan juga hadiah istimewa dari kami produk Tupperware untuk mereka yg beli set Nano Nature Water Filteration System pada bulan ini



 Pada Bulan Januari dan Februari 2014 ada promosi yang betul2 murah untuk semua ahli baru.. Harga ahli HANYA RM 1837.50 SAHAJA... WOW murahnyer..
So apa tunggu lagi. Jom grab dengan saya..
Jom tengok kelebihan nano water filter ini.


 Jadi yang berminat untuk memliki nano water filter ini boleh hubungi saya 014-5061998. atau boleh kunjungi FB saya :Disini


Sunday, 12 January 2014

Tupperware Brands : Istidraj dan Ujian dari ALLAH SWT

Assalamualaikum wbt... kenapa ada insan yg Allah berikan dia rezeki melimpah ruah walaupun hidup x pernah sembahyang... walaupun x pernah bersedekah.. walaupun x pernah melakukan amal kebaikan.... dan Allah berikan kemiskinan, kepayahan, ujian, malah miskin papa kedana kpd hambanya yg beriman dan taat.....ini istidraj!. Maka saya hendak bertanya kepada anda.Ini jawapan yg saya rasa sesuai.




Adakah anda tahu apa itu istidraj?

 Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

 Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

 Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

 Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

 Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

 Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

 “ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

 Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

 Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.




 Nah… Apakah itu yang kita mahu?

 Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

 Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

 Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

 Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

 Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

 Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

 Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

 “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

 ALLAH menjawab,

 “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

 Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

 “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

 Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

 Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

 Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

 Saya yakin tidak..

 Anda tenang sekarang?

 Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

 Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

 Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula...