Pages

Friday, 30 August 2013

HARGAILAH TUPPERWARE ANDA

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Tupperware

Hari ini Jumaat yang berbahagia kerana nak berjump isteri tercinta kt Tmerloh. Apa pendpt pembaca semua tentng di sebelah ini?

Tipuware??
Plasticware??
Gayung??
Tupperware??

Ada kisah di sebalik gambar disebelah ini dan sepadan dengan tjuk entry saya pada petang ini. Kisahnya suatu pagi pada 26 ogos semasa saya menjalankan tugas hakiki mencari kes saya di sebuah penempatan Felda, sebelum memberi salam kepada tuan rumah ini saya terpandang suatu item seperti Tupperware yang familiar di mata saya, mula2 saya tidak mengesyaki produk ini dr jenama Tupperware. 

Kais punya kais, dan masih tidak puas hati membelek sendiri dengan tangan saya dan akhirnya saya ternampak dengan jelas perkataan TUPPERWARE dengan jelas. Masa tu terasa sedih sangat produk yg mahal ini berada ditanah dan diperlakukan sedemikian rupa. dalam hati iskk dah lah mahal mahal tupperware ni boleh plak owner ni buat macam ni.

Produk Tupperware ini adalah Thasta Bowl, klu tengok saiz bowl ni mahal jugak around rm60++. Saya mula terfikir oh manusia macam ni pun ada ka?? mahal tu tupperware boleh plak main campak2 je kat halaman rumha. nnt mulalah g stokis nak minta tukar mengadu tupperware dh rosak. Hello sis or bro LIFETIME WARRANTY from Tupperware Brands pon ada syarat juga. Bukan semua kerosakan dalam term warranty. So hargailah Tupperware yang anda beli mhal2 tu.

Ada satu spesis manusia ni suka sangat simpan Tupperware sampai 7 KETURUNAN. hahahahaha.. term yang saya bagi BAIK PUNYA. Minta maaflah nak kata pada kaum2 HAWA yang duk suka menyimpan2 ni..AKAK2 dn ADIK2 penggemar TUPPERWARE BRANDS. silalah guna tupperware yang and beli mahal2 tu sebab saya ada kisah ala2 keinsafan kepada semua pemakai produk Tupperware.

Saya ada ibu sepupu saudara (betul ke tak term yg saya guna ni.hehehehe), anak dia ada bagi hadiahkan Set Blossom yang harga RM249.00 tu, hadiah Birthday kepada ibu mereka. Tahun lepas saya g rumah dia dia tunjukkan kat saya set blossom tu ada yg "MEREPUT" dengan sendirinya....ni lagi kisah yang sedih..alahai sedih plak dapat hadiah Tupperware mahal2 tak digunakan. ruginya.. Tupperware ni kalu kita tak pakai memang dia akan mereput dengan sendirinya, ini semua dari pengalaman rakan2 saya sendiri dari kaum Hawa. Jadi yang suka sangat duk simpan Tupperware dalam lmari better pakai, 

Saya sendiri walaupun minat kalu beli terus guna xnak jadi macam kes di atas lah..parah... Rugi3.. Beli mhal2 tapi tak guna last2 rosak. saya musim open house raya2 ni suka usha kat meja hidangan sebab suka tengok tuan rumah pakai Tupperware. nampak cantik dan tersusun je hidangan..hehehehe.. ni gambar kat bawah ni sharing2 kat pembaca yang mana saya snap sendiri atau rakan2 Team Power sharing kat whatsapp saya.






 Dpat dilihat kemeriahan menggunakan Tupperware..hhahahahaha.. susunan yang cantik dan wrna2 yang memikat mesti membuat orang yang datang berasa seronok. Jadi Hargailah Tupperware anda, gunakan sebaik mungkin kerana apabila kita menghargai sesuatu prosuk dan bijak menggunakan produk itu nescaya kesannya akan terpalit pada diri kita jugak.

Datang nak buat "OPEN house" tetapi disebabkan tetamu yang datang tu ada yg tertarik dengan Tupperware yang digunakan, apalagi masa itulah anda gunakan untuk promote produk yang terbaik dipasaran. Silap2 anda yang JOIN ahli  dengan anda itu menjadi keuntungan besar rakan2 semua.

Penutup :
Hargailah suatu yang dimiliki kerana dri satu orang dapat nilai kita, adakah kita ini seorang yg akan menghargai orang laian atau tidak. orang kata 1st impression penilaian orang itu amatlah penting lagi2 dalam bisnes Tupperware. Entry kali ini menyeru pada semua pembaca dan penggemar Produk Tupperware, hargailah TUPPERWARE anda. Anda hargai "mereka" ANDA yg akan dapat imbalannya. Chow... jumpa di entry seterusnya...(^____^)

Thursday, 29 August 2013

Tupperware Brands : TIPS MEMBAHAGIAKAN SUAMI DAN ISTERI



BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT LELAKI @ SUAMI GEMBIRA : 

1. jaga makan minum dia
2. Tidur dengan dia
3. Biarkan dia dengan ketenangan
4. Jangan memeriksa telefon beliau (Mesej)
5. Jangan mengganggu dia dengan pergerakannya

Jadi APA YG SUSAH sangat tentang itu?




CARA MEMBUAT WANITA dan ISTERI GEMBIRA :

Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi .... Untuk membuat wanita bahagia,
seorang lelaki hanya perlu jadi :
1. rakan
2. teman
3. kekasih
4. saudara
5. bapa
6. induk
7. tukang masak
8. juruelektrik
9. tukang paip
10. mekanik
11. seorang tukang kayu
12. penghias
13. stylist
14. sexologist
15. pakar sakit puan
16. ahli psikologi
17. pembasmi perosak
18. psikiatri
19. penyembuh
20. pendengar yang baik
21. penganjur
22. bapa yang baik
23. sangat bersih
24. bersimpati
25. olahraga
26. panas
27. perhatian
28. gagah
29. pintar
30. lucu
31. kreatif
32. tender
33. kuat
34. pemahaman
35. toleran
36. berhemat
37. bercita-cita tinggi
38. mampu
39. berani
40. ditentukan
41. benar
42. boleh dipercayai
43. bersemangat

TANPA lupa untuk:
44. memberi pujian beliaukerap
45. Pergi membeli-belah dengan dia
46. jujur
47. menjadi sangat kaya
48. tidak menekankan keluar
49. tidak melihat perempuan lain




DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:

50. memberikan banyak perhatian beliau

51. memberikan banyak masa beliau,terutama masa untuk dirinya

52. memberi beliau banyak ruang, tidak pernahbimbang tentang di mana dia pergi.Namun yang paling penting




INI SANGAT PENTING

53. tidak pernah lupa* hari lahir* ulang tahun* dia
mesti alim dan .... dan tlg Buang Sampah... dan perkhidmatan hantar kereta dan Bayar cukai jalan dan bawa melancong dan ...jgn LEBIH Tidur.... dan makan habis2 Masakan dia.. dan bila nak Tidur Bila cakap i luv u,,, dan berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita, ...dan beberapa lagi dan oh ya u juga perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa untuk menyelamatkan beliau ....
& +++++++... (Infiniti)...



Tupperware Brands : HIKMAH PASTI ADA


Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Tupperware Malaysia

Pernahkan rakan2 pembaca saya pernah berfikir sejenak dan bersedih kerana mengharapkan pada sesuatu tetapi kita telah Berdoa pada ALLAH SWT moga2 apa yang kita harapkan dipenuhi atau dimakbul ???

Saya pernah mengalami perkara ini, untuk pengetahuan semua saya telah membuat permohonan pertukaran kerja balik ke negeri asal. Selepas berkahwin pada bulan 2 tahun ini, saya telah mengalami perubahan dan tanggungjawab sebagai suami. Di tambah dengan berita isteri mengandung membuatkan saya lagi bersemangat untuk balik bekerja supaya dekat dengan isteri. Hari demi hari di lalui dengan perasaan "moody" sbb hati hendak balik bekerja dekat dengan isteri.

Isteri dan banyak kali "sound" bila nak isi borang tukar, akhirnya dengan dokumen yang lengkap pada penghujung bulan Jun saya buat surat dan submit kepada kerani opis saya utk diproceed ke Putrajaya. Masa itu mood nak bekerja di opis sekarang sudah semakin menghilang, kerja dibuat dengan tidak ikhlas, kadang kala saya cuba lari dari masalah dan beban kerja di unit saya bekerja. Kalu fikir2 balik nak je cepat2 je berpindah kerana taknak terikat dengan kerja hakiki yang bagi saya ia membebankan dan mind set saya sudah terarah utk balik ke PAHANG


Hari berganti bulan.... tetibe saya dapat mesej dari junior mengatakan intake pengamabilan pada bulan september ioni, saya tanpa memikirkan apa hikmah dan akibat terus terasa "kehappyan" (hancur bahasa) habis segala hal nak pos dan bertanya utk mendapat kepastian, habis di "PM" dalam FB kepada mereka2 ada contact utk dihubungi. Akhirnya pada 23 ogos, saya dapat contact dan terus menghubungi no yang berkenaan, TETAPI.... saya menerima BERITA yang kurang menyenangkan, mengecewakan, menyedihkan dan segala2 tentang kesedihan, kerani yang incharge penjawatan saya menyatakan, permohonan yang diterima pada bulan Mei sahaja diproses utk pertukaran. Pada waktu itu saya terasa KECEWA dan SEDIH.




Apabila bermuhasabah dan menyelidik tentang diri saya, baru saya terfikir PASTI ADA HIKMAH DI ATAS APA YANG BERLAKU.  Apa yang saya nak highlight adalah :

  1. Kadang kala apa yang kita hendak dan mahu tidak semestinya ALLAH akan berikan on the spot pada waktu terdekat.
  2. Percaturan ALLAH SWT sangat baik dan berhikmah kerana dia ALLAH mahukan hambanya sentiasa berfikir dan selalu mengingatinya
  3. Kita sebagai hamba sepatutnya berasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan.
  4. Jangan kita berprasangka buruk kepada ALLAH swt di atas perkara yang berlaku dalam hidup kita. Pasti ada Hikmah.

Hayatilah firman Allah swt yang bermaksud,
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud,
“Berhati-hatilah kamu dengan berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka itu adalah sebohong-bohong ucapan”  Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

PENUTUP :
Apa yang berlaku dalam hidup saya pada bulan ini adalah titik tolak untuk saya terus berfikiran positif, isteri saya juga apabila diberitahu berkaitan hal pertukaran itu menyambut positif kerana dia menyatakan ALLAH sembunyikan sesuatu pasti bersebab. Semakin hari saya teruskan berkerja dan cuba melatih diri utk bekerja seikhlas mungkin tanpa ada paksaan dalam diri.

Sunday, 25 August 2013

Contest Beraya bersama Tupperware

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 tUPPERWARE

Alhamdulillah tamat sudah contest yang saya anjurkan bermula 1 ogos - 24 ogos utk semua downline team Abd salam.. TAHNIAH utk semua downline2 saya dapat menyertai contest ini. Jom kita tengok gambar-gambar yang bertuah ini.

Penyertaan 1 - Mukmin dari Kuantan




Komen :Bergaya ala2 pakai Eco Bottle Hijau. Memang kreatif.

Penyertaan 2 - Norol dari Dungun





Komen : Memang kreatif gambar yang dihantar norol. bergambar dengan sanak saudara dengan tupperware. 

Penyertaan 3 - Kak Baiyah dari Dungun


Komen : Gaya simple dengan promote on touch memang cun.

KEPUTUSAN CONTEST HANYA AKAN DIKETAHUI PADA 31 OGOS 2013 SEMASA PROGRAM INI :


jADI APA TUNGGU LAGI. tELEFON NO TERTSEBUT UTK KETAHUI LEBIH LANJUT.

Wednesday, 21 August 2013

Bumi Mesir - Aku Bersamamu

Assalamualaikum WBT buat semua pengunjung blog Dganu Tupperware Brands
Entry kali ini jauh sikit dari Tupperware semata2. Kali ini saya sebagai yang bertanggungjawab terhadap saudara seislam utk mengajak pengunjung utk sama2 kita memikirkan sejenak tentang apa yang berlaku di Negara Mesir sekarang atau panggilan dunia sebagai Egypt.

Jom kita kenali sedikit sebanyak sejarah Peradaban Mesir     (Sumber :http://sejarahmesir.blogspot.com/)



Peradaban Mesir terkenal sebagai salah satu di antara sejarah peradaban manusia tertua di dunia dan dikenali dengan sistem pentadbiran negara paling maju dalam hubungan sosial di zamannya. Namun masyarakat yang “beradab” ini, pada masa era pemerintahan Firaun telah menyaduri sistem dajal ke dalam sistem kerajaan mereka.

Hal ini disebutkan secara jelas dalam al Quran dalam bahasa yang amat jelas dan nyata. Mereka bersifat bongkak, angkuh dengan kebanggaan diri. Akhirnya baik peradaban mereka yang maju, mahupun kemajuan sosial politik mereka bahkan dengan tentera yang kuat sekalipun tidak mampu menyelamatkan diri ketika mereka dihancurkan.

“Kami menceritakan kepadamu sebahagian daripada kisah Musa dan Firaun dengan benar untuk orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenangnya di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan daripada mereka, menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Firaun termasuk ke dalam orang-orang yang berbuat kerosakan. Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin serta menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi ( bumi ). Dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi serta akan Kami perlihatkan kepada Firaun dan Haman beserta tenteranya apa yang selalu mereka bimbangkan daripada mereka itu”

Peradaban bangsa Mesir sangat bergantung kepada kesuburan sungai Nil . Bangsa Mesir telah menetap di lembah Nil kerana suburnya kawasan ini dengan limpahan air yang sentiasa mengalir sehinggakan mereka boleh memanfaatkan tanah dengan kemudahan air yang telah diperolehi daripada sumber pengairan sungai yang tidak tergantung kepada musim hujan.

Republik Arab Mesir merupakan sebuah negara yang luas iaitu meliputi 1,002,00 kilo-meter persegi di Benua Afrika. Namun begitu hanya 4 % daripada tanahnya terdiri daripada kawasan delta yang amat sesuai untuk pertanian sementara yang lain adalah kawasan padang pasir dan berbukit. Negara Mesir terbahagi kepada 21 wilayah (muhafazah). Secara amnya, suhu di Republik Arab Mesir ini di antara 7-40 darjah Celcius. Terdapat empat musim yang terdiri daripada:

Musim Sejuk November - Januari
Musim Bunga Februari – April
Musim Panas Mei - Julai
Musim Luruh Ogos - Oktober

Agama Islam menjadi agama rasmi negara dengan dijadikan undang-undang Islam sebagai sumber perundangan. Sebanyak 94% penduduk adalah beragama Islam dan bakinya beragama Kristian Katholik . Namun begitu, agama lain turut diberikan kebebasan untuk dianuti oleh. Bahasa rasmi negara ini ialah bahasa Arab Fushah namun bahasa Arab Ammmiyah adalah bahasa yang dipraktikkan sehari-hari di negara Mesir ini sementara Bahasa lnggeris dan Bahasa Perancis menjadi bahasa kedua.

Komodoti sara hidup di negara ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ini berikutan Dasar Ekonomi Terbuka yang diamalkan oleh kerajaan Mesir sekarang yang menyebabkan meningkatnya kadar sewa rumah dan harga barang-barang keperluan seharian. Perbelanjaan minima bagi seorang pelajar Malaysia sekarang dalam lingkungan USD50 sebulan .


KEMENANGAN YANG DINANTI


MOHAMED Morsi, pemimpin berjiwa rakyat dan juga seorang hafiz, diangkat sebagai Presiden Mesir melalui pilihan raya bebas pertama dalam sejarah negara itu akhirnya digulingkan, dalam rampasan kuasa kedua di Mesir, kelmarin.

Tarikh itu genap setahun beliau dipilih sebagai presiden, 30 Jun tahun lalu, selepas protes besar-besaran rakyat menggulingkan Hosni Mubarak yang memimpin Mesir secara kuku besi selama 30 tahun pada Februari 2011.

Morsi menerima undi 13.2 juta, iaitu 51 peratus undian semasa pilihan raya tahun lalu, menewaskan pesaingnya, Ahmed Shafik yang juga perdana menteri era pemerintahan Mubarak.

Persoalannya, adakah rakyat dahulunya menyokong Morsi dan partinya Ikhwanul Muslimin berpaling tadah terhadap pemimpin mereka?

Atau adakah Morsi menjadi mangsa terbaru dalam percaturan politik kuasa luar di bawah pimpinan Amerika Syarikat (AS) yang disalurkan melalui pemberontakan berterusan rakyat Mesir dengan sokongan tentera negara itu?

Arab Spring jadikan AS selesa

Tatkala pengumuman penahanan Morsi tersebar, pastinya AS dan sekutunya berasa lega dan memikirkan tindakan selanjutnya.

Nasib Morsi dan penyokong Ikhwan Muslimin belum diketahui, kebangkitan rakyat sudah pasti tercetus, kematian akan berlaku malah bumi Mesir terus bergolak dan bermandikan darah.

Setiap hari pasti ada tragedi baru menimpa Mesir. Tetapi semua pergolakan bercirikan Arab Spring menjadikan AS negara paling selesa.

Seorang pegawai pemerhati di Pentagon menyatakan, hubungan AS dengan Mesir berdasarkan kerjasama keselamatan. Kedua-duanya dilihat berada dalam kancah bahaya.

Keutamaan tentera Mesir dalam hal ehwal dalaman masih dalam catuan. Sekiranya kebangkitan rakyat terus berlaku maka AS menjadikan ia sebagai peluang untuk campur tangan.

Drama Pentadbiran Obama mengikut skrip lama ketika pemerintahan Hosni. AS berusaha meletakkan dirinya sebagai orang tengah dalam pentadbiran Mesir dan kemudiannya meninggalkan negara itu kucar kacir.

Pergolakan di Mesir menarik perhatian banyak pihak kerana situasi berlaku mempunyai hubungan rapat dengan nasib dunia Islam.

Namun, adakah lawatan Obama ke Mesir dengan membawa misi dunia Barat sebagai sandiwara supaya dapat mengembalikan hubungan rapat antara Barat dengan Islam melalui kerajaan Mesir, iaitu teraju proksinya di Timur Tengah.

AS pernah cuba berbaik dengan masyarakat Islam dengan mahu berkhutbah di Universiti Kaherah namun hasrat itu tidak tercapai.

Jika diamati, sejarah hubungan Mesir dengan Barat, keadaannya tidak banyak berubah. Pertembungan antara dua tamadun berpunca daripada konflik dalaman negara berterusan.

Situasi yang wujud sebenarnya adalah permusuhan antara dua proksi berbeza budaya. Pergolakan dalaman negara Islam itu sendiri antara golongan pro-Barat dengan pro-Islam tidak akan ada titik noktahnya.

Masing-masing menganggap fahaman, pendekatan, dan amalan politik yang mereka canangkan adalah paling hampir kepada amalan demokrasi tulen.

Obama dalam ucapan sulung sejurus penggulingan Morsi berazam membantu menyelamatkan negara-negara yang berada dalam keadaan huru-hara.

Beliau menggesa tentera Mesir melepaskan kuasa kepada kerajaan awam yang dipilih secara demokrasi dan menentang menangkap Morsi tetapi masih memberikan dana AS$1.5 bilion (RM4.7 bilion) bagi membantu ekonomi dan ketenteraan setiap tahun.

“Perkongsian AS dan Mesir adalah berdasarkan kepentingan bersama dan kami akan terus bekerjasama denganMesir untuk memastikan peralihan Mesir ke arah demokrasi,” katanya.

Campur tangan AS bermula ketika Obama menasihati Morsi mendengar suara rakyat ketika kali pertama protes tercetus di negara itu, tiga bulan selepas beliau menjadi Presiden.

Kongres AS menjadi sumber tuntutan penyaluran bantuan buat pembangkang rejim dan setiap kali protes rakyat tercetus Obama dengan mengkritik dasar pemimpin yang tidak mahu mendengar tuntutan rakyat. Walaupun beliau tidak menyatakan siapa atau di mana namun berulang kali ingatan itu disuarakan.

Buktinya, media Barat menyatakan pendirian Obama menyokong ‘kerajaan Mesir’. Namun, kerajaan terdahulu atau kerajaan sementara yang dibuat dengan tergesa-gesa, semalam?

“Kami mengambil kedudukan di belakang kerajaan ini dan akan membantu untuk bergerak ke hadapan. Kami bersedia menyalurkan bantuan ketenteraan jika mereka inginkan bantuan. Mungkin kumpulan individu yang ditahan akan bangkit bersama kuasa lain. Oleh itu kita perlu berhati-hati demi keselamatan rakyat ,” antara ucapan beliau di Washington, semalam.

Jika benar, sokongan Obama berpihak kepada 'kerajaan sementara Mesir' maka beliau layak digelar sebagai manusia bertopengkan syaitan atau talam dua muka kerana melakukan usaha berterusan untuk menjatuhkan umat Islam dan negara Islam sejagat. 

Boneka AS bakal jadi presiden?

Jika dilihat semula perkembangan politik di negara itu, selepas kejatuhan Hosni, negara Barat menyokong pembangkang Mesir, Mohamed El Baradei untuk diangkat sebagai Presiden.

Kini, khabar angin mula bertiup kencang mengenai kemungkinan El Baradei dilantik sebagai Presiden Mesir selepas kejatuhan Morsi.

Media melaporkan, Ketua Tentera Abdel Fattah al-Sissi bertemu dengan El Baradei, Ketua Ulama Masjid Al-Azhar dan Ketua Paderi negara untuk membincangkan perjalanan politik Mesir beberapa jam sebelum kata dua diberikan tentera kepada Morsi tamat, kelmarin.

El Baradei, pemenang Anugerah Nobel Keamanan pernah mengetuai Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memang diketahui sebagai pilihan utama AS.

Malah, Timbalan Pengerusi Ikhwanul Muslimin, Khairat al-Shater awal tahun ini memaklumkan AS menggesa Morsi melantik El Baradei sebagai perdana menteri.
Beberapa persoalan perlu dijawab bagi merungkai faktor sebenar kejatuhan Mesir.

Bagaimanakah campur tangan AS selaku wakil dunia Barat dalam mengambil kesempatan pemberontakan rakyat di Mesir?

Apakah kepentingan AS dengan kerajaan yang ada di Mesir? Benarkah tercetusnya pemberontakan disebabkan masalah ekonomi melanda Mesir sejak akhir-akhir ini?

Apakah kebangkitan rakyat Mesir tiada kaitan sama sekali dengan kebangkitan kuasa Islam di Palestin yang begitu rapat dengan gerakan Ikhwanul Muslimin dan Jamaah Islamiyah di Mesir?

JOM KENALI SEORANG PRESIDEN YANG BERJIWA KENTAL


MOHAMED Mursi Isa’ al-Ayyat  lahir pada 20 Ogos 1951 di  al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Mursi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Mursi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau  pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Mursi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.
 

ADAKAH KITA ALERT DENGAN APA YANG BERLAKU?





Ada yang bertanya, apa maksud gambar simbol 4 jari tu. Disini saya inginkan kongsikan sedikit. Mana yang sudah pakai, kena tahu apa tujuannya.

Raba'ah / Arbaah = Empat

Dimana "Raba'ah" atau "Dataran Rabiah Adawiyah" merupakan dataran bersejarah tempat bermulanya bantahan kepada kudeta tentera dan disitu jugalah berlaku pembantaian tentera terhadap rakyat secara besar-besaran. Sekarang simbol ini digunakan untuk membantah pembunuhan beramai-ramai di Dataran Rabiah.

Maksudnya juga :

1. Allah matlamat kami.
2. Rasul ikutan kami.
3. Al-Quran panduan kami.
4. Mati dijalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Semoga Allah melindungi saudara kita yang dizalimi. Aamiin..

cc : Tentera Fisabillillah (Bangkitlah Wahai Umat Islam)


JOM SAMA-SAMA KITA BERDOA, MOGA RAKYAT MESIR YG MENYOKONG KEPIMPINAN PRESIDEN MURSI SEJAHTERA DAN MENDAPAT SYAHID DI SISI ALLAH

Sumber :
http://omakkau.blogspot.com/2013/07/jom-kita-kenali-siapa-dia-presiden-dr.html

http://one-kotabelud.blogspot.com/2013/07/penggulingan-presiden-mohamed-morsi.html

http://azmieyusoff.blogspot.com/2013/07/terkini-presiden-baru-mesir-presiden.html